Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 7 Januari 2008

YURAN SEKOLAH : CABARAN KEPADA MENTERI SOTONG

MACHANG: Jangan bayar! Begitu tegas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada ibu bapa yang tidak mampu membuat bayaran tambahan di sesetengah sekolah yang tinggi dan membebankan. more..

HISAMUDDIN MENTERI SOTONG

Dah lah lembab, tidak tegas dan mengelirukan. Pihak sekolah keliru dengan tindakan Menteri Pelajaran yang cuba mengelirukan semua pihak. Ramai guru yang ditemui menyatakan tindakan Menteri tersebut yang mengarahkan ibu bapa Jangan membayar yuran amat lah berbeza dengan apa yang dikatakan sebelum ini.

Jika di rujuk kepada Surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, ianya tidak dinyatakan seperti itu. Malah sebelum sessi kemasukan pelajar baru dan lama ke sekolah, beliau tidak menyatakan ianya tidak PERLU dibayar tetapi cuma memberikan peluang bayaran ansuran. Di dalam masa yang sama, beliau sebelum ini menyarankan agar sesiapa yang tidak mampu perlu melapurkan diri bagi penerima bantuan. Kerana perbezaan kenyataan ini membuatkan pihak GURU seperti bersalah mengarahkan ibu bapa mengeluarkan belanja lebih untuk membayar YURAN yang kini diubah kepada istilah PAKEJ TAMBAHAN.

Kini selepas seminggu kanak kanak memasuki sekolah dan hampir kesemua sudah membuat pembayaran yang TERPAKSA, kononnya Menteri Pelajaran Perihatin kepada rakyat dan kini mengeluarkan arahan agar JANGAN BAYAR.

Selepas ini tidak mustahil, Menteri Sotong ini akan berkata, beliau sudah mengarahkan ibu bapa untuk TIDAK membayar tetapi Ibu bapa sudah dan MAHU membayar. Kononnya beliau tidak bersalah selepas ini. Ini semua mainan politik untuk menolak kemungkinan tuduhan dari pihak pembangkang kepada kerajaan ketika pilihanraya nanti.

Awas .....dengan BELITAN KENYATAAN dari Menteri Sotong Negara. Sotong yang kakinya sentiasa terjuntai dan terbelit belit. Tidak ikhlas, jujur dan tidak lurus. Itu lah Hisamuddin Hussien Onn.

Kalau benar Menteri Sotong ini ikhlas, SATU CABARAN kepada beliau, Keluarkan arahan surat pekeliling, pulangkan wang tersebut kepada sesiapa yang sudah membayar.

SUMBER DARI : TRANUNGKITE

Tiada ulasan: