Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 11 Februari 2008

DIUNDI UNTUK MEMIMPIN ??

Walaupun pilihanraya Malaysia dijangkakan semakin dekat, ianya sebenar sangat hambar berbanding dengan Kempen pemilihan calon Demokrat dan Republikan untuk pilihanraya Presiden pada November ini.

Berbanding dengan Sen. Obama ataupun Sen. Clinton yang terpaksa berkempen dan melobi di sana-sini untuk mendapatkan sumbangan dan sokongan bagi membuktikan mereka mampu mentadbir White House, parti yang memerintah Malaysia sekarang ini, tidak perlu bersusah payah untuk mencari bantuan mahupun dana untuk berkempen, kerana, tabung mereka adalah wang rakyat, samada rakyat suka atau tidak kepada kerajaan ini.

Apa yang Perdana Menteri perlu lakukan hanyalah cukup dengan menunjukkan segala kejayaan Malaysia dalam pelaburan mereka seperti menghantar rakyat untuk menjadi angkasawan, kenaikan gaji kakitangan kerajaan, dan paling terbaru fakta yang mengelirukan mengenai ranking kompetitiviti oleh sebuah sekolah perniagaan terkemuka dunia IMD yang berpangkalan di Switzerland.

Berbanding dengan Sen. Obama dan Sen.Clinton mahupun Sen. McCain yang terpaksa berhempas pulas untuk menjawab setiap soalan daripada ahli-ahli parti masing-masing,
mengenai isu Iraq, Sekuriti Sosial dan banyak lagi, Perdana Menteri Malaysia hanya perlu menjawab "saya tidak tahu", ataupun menteri-menteri kabinet akan menjawab kritikan dan soalan rakyat.

Diparahkan lagi apabila menteri itu langsung tidak mempunyai kredibiliti untuk menangkis soalan-soalan kritikal daripada stesen TV antarabangsa Al-Jazeera mahupun CNN.

Jika pemimpin itu sudah tidak layak dan bankrap idea, sudah tentu, beliau tidak ada jalan lain untuk memenangi sesuatu pertandingan selain terpaksa menggunakan cara-cara yang mungkin kurang disenangi.

Apapun, itulah lumrah negara dunia ketiga, pembangunan material mungkin dapat dibeli jika negara itu mempunyai hasil seperti petroleum mahupun emas.Namun pembangunan rohani dan etika seperti anti-korupsi mahupun etika kerja yang betul dalam mentadbir tidak mampu dibeli jika pemimpin itu sendiri sudah bankrap moralnya.

Oleh yang sedemikian, di Malaysia,pilihanraya atau tidak ada pilihanraya, situasinya tidak lebih dan kurang sama sahaja, kerana rakyat mengundi untuk parti, bukan untuk pemimpin.

Oleh itu, jika anda seorang yang bijak, sudah tentu anda akan tahu siapa yang menang, dan apa yang boleh diramalkan adalah margin kemenangan itu, landslide atau cukup-cukup makan.

Kakibangku -
http://kakiblog.com/

Tiada ulasan: