Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Februari 2008

APA NEGARA KEBAJIKAN ??

Negara Kebajikan?

Gila ape.. Nak buat Malaysia muflis?...kata rakyat

Abisla kita lepas ni, kene bayar macam-macam cukai....peniaga, pelabur

Tak bergaji le kita....pensyarah


Inilah antara momokan pimpinan UMNO BN akan implikasi negara kebajikan nantinya. Sudahlah mereka gagal memberikan perkara sedemikian, lebih keji rasanya ditambah dengan kejakiannya terhadap manifesto kami ini.

Begitulah UMNO hingga suara rakyat pun ingin dibentuk...

Dinisbahkan negara kebajikan itu dengan sumber rujukan Barat dimana digambarkan pendekatan negara komunis dimana semua disubsidikan, juga dibayangkan negara akan papa akibat ihsan "welfare & charity" yang melampau. Disini dapat kita lihat satu lagi ciri UMNOBN itu iaitulah sering tercondong pada neraca Barat.

Mereka jugalah yang menzahirkan demokrasi terpimpin sehinggakan ada diantara rakyat yang tidak percaya akan demokrasi hatta melabelkan PAS tidak syar'ie semata-mata memegang demokrasi ini. Padahal ternyata acuan kami tidak sama dengan pengamal ideologi kuffar.

Negara Kebajikan yang dibawa PAS itu dirujuk pada Daulatun Refahiyah yang merujuk kepada negara yang mengambil peduli pengurusan negara & berkhidmat untuk rakyat atau disebut dalam sebutan Inggeris sebagai "Nation of Care & Services". Perkara sebegini bukan asing dalam Islam sehingga sering kepimpinan Islam mendambakan Baldatun Tayyibatun WaRabbul Ghafur.

Taklimat Manifesto 6 Februari lalu antara lain memberi ruangan soaljawab kepada hadirin setelah disampaikan oleh Timbalan Presiden dan ditutupmajlis dengan ucapan dari Tuan Guru Presiden. Manifesto PAS telah pun melalui penelitian yang terperinci PAS Pusat disaring oleh Jawatankuasa Manifesto dan akhirnya dibawa untuk pengesahan Majlis Syura dan Alhamdulillah telah diluluskan.

Sebagai penutup maka berdirilah Tuan Guru Presiden Ustaz Hadi Awang dengan sebaknya memulakan ucapannya dengan "Baldatun Tayyibatun WaRabbul Ghafur" negeri yang baik makmur dan Tuhan Yang Maha Pengampun dan diteruskan dengan penghormatan buat hadirin.

Diingatkan tema itu bukanlah suatu yang asing bagi PAS. Bahkan telahpun lama laungannya dilontarkan sejak awal pembabitannya sekitar 50-an lagi.

Nah apalagi saudara sekalian juga rakan bukan muslim lainnya. Sudah pasti janji yang dilontarkan tidak akan dimungkiri kerana anda meletakkan satu amanah itu pada satu kesatuan yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamatnya tanpa meletakkan kepentingan peribadi, kebangsaan atau fahaman politik dalam mentadbir Negara dan mengagihkan sumber Negara. Adil kami menurut syariat Alquran wa Sunnah, InsyaAllah

Dengan ini, PAS Johor Bahru ingin mengajak seluruh warga khususnya di Johor ini untuk berfikir sedalamnya dengan hati yang jernih & ikhlas, Ayuhlah kita bangkit membawa perubahan... Sudah sudahlah tu. Sanggupkah kita dibobrokkan terus dengan segala macam wayang & tarian lapok UMNOBN ini.

Sepatutnya muak, jelek & sebal saudara itu terzahir sepertimana umum masyarakat kita melihat telatah dan reaksi Barat khususnya Amerika yang penuh dengan tipuhelah itu .

Kalaupun ada yang sanggup mengharungi kehinaan ini lantaran ingin mempertahankan keegoannya atau pegangan alasan wala' wal bara' pada pimpinan UMNOBN 2 yang entah kebendanya dan lemah sandarannya itu atau juga anggapan ujian ilahi semata-mata atas situasi kehinaan ini .. apakah sanggup nantinya anak cucu kita mewarisi natijah yang buruk kesan dari kebejatan petualang UMNO ini atau sahaja kebenakan kita untuk merubah situasi ini.

Sungguh kita masih diberi ruangan untuk perubahan itu. Bahkan ianya mudah hanya dengan memastikan anda dan kenalan anda mengundi kami..
Wallahua'lam

1. AtThoha 124. Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

2. An-Nisa 138. Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

An-Nisa 139. (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

3. ArRa'ad 11. Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Sumber : S/U Kawasan PASJB

Tiada ulasan: