Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Februari 2008

PAKAI T-SHIRT, SERANG TEMPAT AWAM!

PAGI itu, 6. Feb. 2008, saya menghadiri apa yang dikatakan Taklimat & Pelancaran Dalaman Manifesto PAS peringkat Pusat di Markaz PAS Pusat, Taman Melewar. Kehadiran lebih 500 orang.

Di sebelah petangnya, saya call Ahmad Lutfi Othman, Ketua Kumpulan Pengarang Harakah. Akhirnya kami berjumpa di sebuah restoran di Ampang. Saya mengutipnya di rumah beliau dan bergegas keluar.

Dalam pertemuan santai, sambil mengunyah bihun, Lutfi menceritakan beberapa senario pilihan raya yang makin dekat. Biasalah, isu-isu lemah di sana sini, kalut tak tentu pasal, turut digarap.

Dia membuka topik "Media Pilihan Raya Anda" iaitu KEMPEN 1 yang baru dicetak hampir 20,000 naskah. Saya mencelah, dah baca tadi! Dapat dekat Markaz Tarbiyyah sewaktu Taklimat Manifesto.

Dia tersentak. Katanya, akhbar 8 muka surat itu sepatutnya disebarkan kepada rakyat, bukan pemimpin atau aktivis PAS. Mereka sudah tahu isu, atau sekurang-kurangnya undi tidak akan terlepas kepada BN.

"Ini masalahnya. Orang yang nak buat kerja edar bahan tu. Kita bagi ke kawasan, nanti terperuk tak jalan. Macam mana nak buat?" Tanya beliau kepada saya, yang dia sedang memantau strategi edarannya.

Seingat sayapun, bahan-bahan pamplet, poster dan ditambah lagi dengan inisiatif Lutfi di Harakah dengan penerbitan KEMPEN 1 (dan seterusnya) cukup baik dan banyak. Tetapi tersangkut daripada segi edaran kepada sasaran.

"Duit banyak boleh cetak. Tapi, kalau cetak ratusan ribu naskahpun, kalau tak sampai ke sasaran, nak buat apa?" celah saya. Ini yang membingungkan kami. KEMPEN 2 katanya, sedang dalam percetakan.

Apa yang boleh saya katakan, sekumpulan team setiap kawasan mesti digerakkan secara bersepadu untuk mengedar bahan-bahan seumpama ini di stesen-stesen bas, teksi, LRT, monorel, masjid, surau, kedai dan pasar, pasaraya serta pasar malam, pasar tani, pasar pagi dan lain-lain posisi tumpuan awam.

Khususnya di masjid pada hari Jumaat, gerakan meletakkan bahan KEMPEN 1 (dan seterusnya) agresif dilakukan. Sangkutkan pada wiper kereta dan masukkan ke raga motorsikal, atau kepilkan brek basikal. Ini ruang yang berkesan.

Ia bukan kerja individu atau seorang berdua. Gerakkan jentera dan jadualkan gerakerja itu. Tingkatkan motivasi mereka dengan t-shirt khas "Gerak-Gempur PAS" atau "Bersih" atau "PENERANGAN" yang tertera di belakang t-shirt.

"T-shirt itu, bagi rakyat tahu gerakerja kita. Motivasi petugaspun meningkat bila pakai t-shirt tu," ujar saya kepada beliau sebagai selingan kepada beberapa perbincangan lain yang lebih serius.

TMJ: sanggahtoksago.com

Tiada ulasan: