Oleh Faisal Tehrani
Aduhai ramailah 'budak-budak muda' yang belum faham politik memekik-mekik dalam blog kerana DEB sedang 'dilanyak' (atau didakwa oleh media utama sebagai dilanyak) oleh beberapa parti oposisi (di lima negeri mereka adalah pemerintah).Bila kita tanya semula apa binatangnya DEB itu tiada siapa lalu menjawab. Sebab? Sebab dia kenal Dafi daripada kenal DEB. Bila kita tanya apa pandangannya tentang menteri-menteri dalam kabinet baharu Pak Lah, dia jawab: 'Suka la bang, bapak Dafi dapat jadi menteri.'
Baik, apa itu DEB? Adalah DEB itu tuan-tuan bukannya undang-undang; kalau dicari dalam perlembagaan alamat tak jumpa.DEB itu sama juga duduknya macam Islam Hadhari atau Penerapan Nilai-nilai Islam. 'Binatang DEB' itu hanyalah dasar atau polisi parti pemerintah yang diserapkan dalam mana-mana peraturan dan pekeliling kerajaan yang sesuai. Ini termasuklah pada aspek pembahagian tender kontrak. Jadi kalau nak dapat kontrak tanam bunga dalam pasu keliling Ampang, meskipun tak cukup modal asalkan tuan-tuan Melayu maka tuan-tuan pun akan dapat kontrak. Atau kalau tuan-tuan kroni YB tertentu maka senanglah dapat tender.
Jadi katakan, ada kroni Dato tertentu tidak dapat, maka mereka pun bercakaranlah macam beruk kemaruk pisang. Maka, adalah absurd kalau tuan-tuan tiba-tiba menyampuk dan ikut marah-marah sebab tender itu bukan dapat pada tuan-tuan pun.
Habuknya pun tuan-tuan tak dapat hidu.Reti?Tuan-tuan, serta 'budak-budak yang tak pergi mengundi' sekalian; lama kelamaan DEB itu sudah menjadi punca rasuah, punca kronisme, punca mati pucuk dan segala bagai. Ada Dato mendapat air time di stesen tivi tertentu selagi ada bulan dan bintang. Atau lebih tepat selagi ada dacing dan keris.Bila DEB dilanyak atau ditolak, maka kempunanlah mereka yang sentiasa menadah ini.
Bila mereka kempunan, mereka pun balun dalam tivi sebab tivi mereka yang empunya. Maklumlah air time pun dipegang beratus jam sebulan. Yang tuan-tuan nak ikut melompat sekali apa hal?Kenapalah kalian tidak reti-reti?DEB tiada. Yang ada dalam perlembagaan ialah hak keistimewaan Melayu. Dan itu dijamin dalam perlembagaan. Termasuklah duduknya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, itu ya undang-undang.
Itu pun sudah diliwat dan disodom oleh parti yang ada ini. Selagi ada raja dan sultan termasuklah yang pandai macam Raja Nazrin itu selagi itulah nasib tuan-tuan sebagai Melayu tak terkutik pun. Jadi jangan termakan hasutan tertentu. Bukalah mata aduhai bukalah akal alahai.
Jadi Wawasan 2020, Rukun Negara, dan Islam Hadhari adalah benda musim-musiman, esok-esok kalau ada yang naik memerintah dan mengisytiharkan slogan baru maka janganlah canggung pula.
Kerana itu kita sepatutnya mengalu-alukan kenyataan daripada MB Perak yang baharu, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin: Dasar yang ada diskriminasi akan dihentikan kerana kita mahu adil kepada semua kaum termasuk Orang Asli sekalipun.Kerana itu kita sepatutnya meneliti kenyataan MB Selangor yang baharu, Tan Sri Abdul Khalid: Terdapat pihak tertentu di Selangor mengatakan saya telah melupakan DEB kerana saya adalah antara mereka yang boleh ditonjolkan sebagai menerima rahmat daripada DEB. Saya berterima kasih tentang penerimaan itu tetapi terdapat penyelewengan DEB selepas ia dilaksanakan pada 1970-an. Bila sampai 1990-an, kita dapati DEB disalahgunakan. Pada saya, apa gunanya satu dasar yang sepatutnya memberi kesan kepada seluruh rakyat tetapi tidak dilaksanakan dengan baik.

Reti?Itulah budak-budak yang berblog ini, kita suruh dia mengaji dia tidak mahu. Dah jadi mak bapak orang tak reti-reti politik dan hanya reti menatap Akademi Fantasia dan Raja Lawak. Bila media lapor sumbang sedikit mulalah mengambil berat tak menentu dan maki hamun macam pandai. Di universiti dulu mengaji malas sebab tidur sampai tengahari dan asyik memonteng kuliah sebab merendek belakang tangki air.
Mereka yang ingin merubah DEB tidak melanggar Perlembagan atau undang-undang. Tetapi mereka yang menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris untuk subjek tertentu boleh dikatakan melanggar undang-undang, reti? Ke tak reti-reti?Yang patut dibincang diblog ialah apakah Agenda Ekonomi Malaysia yang ditawarkan oleh parti KeADILan benar-benar munasabah.
Yang patut diwacanakan ialah apakah boleh dasar tersebut memperbaiki dan menaiktaraf golongan miskin dan terpinggir sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Siam, Bugis, Jawa, Serani-Portugis dan lain-lainnya.Yang patut ditekuni apakah mekanisme-mekanisme baru untuk menyalurkan bantuan ekonomi kepada sejumlah besar peniaga-peniaga kecil dalam komuniti Melayu dan memastikan peluang pendidikan, skim kewangan mikro kredit, perkhidmatan sosial dan kebajikan serta pelbagai lagi bentuk bantuan ekonomi terbuka untuk masyarakat Melayu.
Apakah betul dasar ini akan senonoh atau adakah ia satu alat yang boleh nanti diselewengkan oleh kumpulan lain pula.Yang patut dibincangkan apakah agenda baru ekonomi ini bebas dari 'penjajahan asing' dalam bentuk ekonomi? Apakah mungkin ada tangan halimunan Zionis katakan, atau apakah ada tangan ghaib Amerika sang iblis besar itu secara tidak ternampakkan.
Itu satu dua kemungkinan sahaja, selagi belum nampak dan didiskusikan kita pun tak tahu. Yang patut dibincang dalam blog itulah. Bukan melenting melatah tak pasal-pasal sambil membincangkan siapa patut dapat undi sms AF6.
Reti?
Ke tak reti-reti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan