Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 26 Mac 2008

PM ABDULLAH AHMAD BADAWI MULA BUKA LANGKAH?

Dalam beberapa hari kebelakang, selain dari isu perlantikan MB Terengganu, terselit satu pembuka langkah silat yang berhati-hati dari PM Pak Lah.

Ini nampaknya bertujuan bagi menutup mulut bekas PM Dr.Mahathir. Bermula dengan satu kenyataan oleh Menteri Baru di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zaid Ibrahim yang mengesyorkan supaya Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas termasuk 2 bekas Hakim Mahkamah Agong Tan Seri Wan Sulaiman dan Datuk George Cheah berhubung kes tribunal yang menggemparkan di zaman Tun Dr.Mahathir.

Kemudian kenyataan Dato' Zaid disambut oleh Karpal Singh:

Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pembentukan dua buah tribunal yang membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.

Terma rujukan suruhanjaya itu adalah untuk menentukan sama ada dua buah tribunal yang dibentuk itu mempunyai asas dan latar yang cukup, katanya.

Beliau membuat desakan itu dalam satu sidang akhbar di Kompleks Jalan Duta hari ini sebagai sebagai mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik bertanggungjawab menangani hal-hal berkaitan undang-undang dan kehakiman, supaya kerajaan sekarang memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan dua bekas hakim mahkamah agung, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah.

Ahli politik DAP itu berkata meminta kerajaan sekarang di bawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memohon maaf bukan langkah ke arah yang betul.

Sebaliknya, kata beliau, sepatutnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memohon maaf.

Beliau berkata suruhanjaya itu hendaklah juga menentukan sama terdapat salah laku di pihak Dr Mahathir dalam menyalahguna artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan.

Jadi nama Tun Mahathir telah disebut, jikalau kerajaan PM Abdullah bersetuju dengan cadangan Dato' Zaid seterusnya diikuti dengan cadangan Karpal Singh, maka Dr.Mahathir akan dihadap ke Suruhanjaya Diraja untuk siasatan kembali kes tersebut. Maka satu lagi episod besar akan berlaku di Malaysia. Apakah ini benar-benar akan berlaku atau cuma sebagai ugutan terhadap Dr.Mahathir supaya tidak banyak bercakap? Sama-samalah kita rakyat marhaen tunggu dan lihat.

Cerita kedua pada hari ini, ada ura-ura Majlis Tertinggi UMNO mahu mencadangkan supaya perhimpunan dan pemilihan agong UMNO yang dijangka pada bulan Jun akan datang ditangguhkan sehingga Jun tahun hadapan. Jadi tawaran Tengku Razaleigh mahu menentang Presiden UMNO macamana? Maknanya, 2 peribadi merbahaya yang mula bercakap ini akan tertutup!!!

Awas, jangan ingat PM Pak Lah tidur atau tidak pandai membuka langkah silat.

Sama-sama kita tunggu. Wassalam.

My As

Tiada ulasan: