Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 31 Mac 2008

ANUAR ZAIN : "BAKAL MELACUR AGAMA DAN BANGSA ??"

Tindakan apa yang bakal dikenakan kepada mamat ni. Kalau iye pun dah gatal nak berkahwin suruh je mak bapak pinangkan..bukan buat perangai tak senonoh macam ni. Bikin jatuh maruah agama dan bangsa jer..

Apa lagi Pak Menteri, si penyanyi dah keluar statement macam ni..so tak kan mahu dibiarkan saje..atau mahu tunggu perkara dah terlanjur seperti kes Faizal 'Superman"?? Tak dapat saya hendak pastikan samada kenyataan ini hanyalah sekadar untuk meraih publisiti murahan atau sebaliknya. Almaklumlah nama beliau pun semakin suram di dalam persada seni tanah air sejak kebelakangan ini..

Sendiri mahu ingatla ok..Negara kita ada undang-undang, jangan fikir bila dia artis, dia hak masyarakat jadi dia boleh bikin apa saje dia suka..Jika benar-benar perkara seumpama ini berlaku, tindakan tegas wajar diambil kepada mamat ni...Inilah konsep pendekatan Islam Hadhari yang berjaya dibawa oleh Pak Lah Badawi..Tahniah Pak Lah, satu beban tambahan khusus untuk kamu serta pendokong kamu..

...............................................

"Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka semua boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu," ujar penyanyi 'Lelaki Ini' tentang majlis makan malam istimewa 'A Nite With Anuar Zain' yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008 ini.

Bukan sahaja terbuka pada kaum sejenisnya sahaja, malah gadis-gadis juga berpeluang untuk menciumnya. Mungkin ini adalah peluang yang baik bagi peminat Anuar Zain di luar sana yang sudah lama menantikan peluang keemasan ini, apatah lagi ia pastinya merupakan suatu 'bonus' terhadap gadis-gadis yang sudah lama tergila-gilakannya.


Pada mulanya, penulis sendiri rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh adik kepada penyanyi popular Ziana Zain ini, kerana dia sanggup membuat tawaran sedemikian terhadap peminatnya. Biarpun ianya bertujuan untuk menggembirakan peminatnya namun ia pasti mencetuskan kontroversi. Apatah lagi sebelum ini, dia pernah dikritik hebat ekoran dicium peminatnya yang bersikap terlalu 'over'.

"Jangan fikirkan tentang kontroversi kerana ciuman itu adalah perkara biasa, lagipun setakat cium di pipi sahaja dan bukannya ada berbaur sensual. Kalau saya tak bagi cium pun, peminat akan datang cium juga dan ia adalah perkara biasa setiap kali saya membuat persembahan.

"Bagi saya, hari tu adalah hari untuk berseronok dan mereka mahukan perhatian dari saya. Jadi tak salah sekiranya saya mahu menggembirakan mereka," katanya yang ditemui ketika pelancaran majlis tersebut di La Bodega, Pavillion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Majlis makan malam anjuran Sutra D’ Mega Event & Entertaiment Sdn. Bhd. yang bertemakan 'Glamorous' ini akan menyaksikan Anuar Zain mempersembahkan hampir 20 buah lagu dari album-album sebelumnya termasuklah lagu popular seperti Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Teman Terulung dan sebagainya selama lebih dua jam bagi meraikan peminatnya pada malam tersebut.

Dengan diiringi oleh pemuzik terkenal, Mac Chew, Anuar Zain juga akan menyampaikan lagu secara madley, malah turut akan melakukan persembahan khas untuk peminatnya pada malam itu. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat dari Anuar Zain bolehlah mendapatkan tiket dari harga RM300 ke atas menerusi talian 03-20911666 dan website www.ticket2u.biz atau di Music Valley yang berhampiran.

Jualan Album Tidak Menguntungkan

Album ketiganya, 'Lelaki Ini' yang pernah dikritik hebat ekoran mendapatkan khidmat sepenuhnya dari komposer Indonesia, telah pun terjual sebanyak 25 ribu unit sejak berada di pasaran empat bulan lalu.

Jumlah tersebut bukanlah jumlah yang sedikit, memandangkan pasaran muzik tempatan sekarang agak lembap. Merangkap sebagai penerbit terhadap albumnya sendiri, Anuar Zain mengakui bahawa jualan album tersebut merupakan yang terbaik di antara albumnya sebelum ini. Malah turut menyasarkan jualan 30 ribu unit selepas cetakan yang seterusnya dilakukan.

Biarpun jualan album tersebut masih belum 'pulang modal' dan langsung tidak menguntungkan, namun Anuar Zain tetap berpuas hati kerana hasratnya untuk menerbitkan album sendiri telah pun tercapai.

"Tak untung pun tak mengapa, tapi saya boleh 'cover' dengan show yang ada. Dengan adanya album dan lagu-lagu baru, nama saya akan tetap diingati peminat. Kalau boleh saya tak nak macam dulu, bertahun-tahun baru keluar album. Kali ini saya nak keluarkan album dengan cepat, Insya-Allah dalam tahun hadapan," kata Anuar Zain yang kini sedang mengumpul meterial untuk dimuatkan dalam album terbarunya yang keempat.

Tiada ulasan: