Bongkaknya pemimpin/Exco UMNO ni. Kerajaan BN negeri melaungkan dan membina banyak billboard diseluruh negeri bahawa Melaka adalah " negeri Sifar kemiskinanan". Betul ke?
'Dah nasib saya'
Oleh Norfaisal Jahuri
JASIN: Seorang pelajar tingkatan tiga terpaksa mengorbankan sekurang-kurangnya tiga hari persekolahannya dalam seminggu kerana ketiadaan wang tambang bas untuk ke sekolah berikutan kedaifan keluarga.
Masalah yang dihadapi Muhammad Norsahalan Roslan, 15, dari Sekolah Menengah Jasin (SMJ) itu sudah berlarutan tujuh tahun lalu selepas bapanya menghilangkan diri.
Ibunya, Mesah Yahaya, 53, tidak mampu memberikannya wang setiap hari kerana hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Menceritakan kesusahan kehidupannya, Norsahalan berkata, jika ibu tiada wang mencukupi untuk tambang bas dan belanja sekolah, dia terpaksa melupakan hasrat ke sekolah pada hari itu.
Katanya, kadang-kadang dia terpaksa 'ponteng' sekolah tiga hari berturut-turut hanya kerana wang untuk tambang bas tidak ada.
"Tambang bas ke sekolah untuk pergi balik RM2.20 sehari, kalau seminggu sudah RM11. Ibu tidak mampu beri sebanyak itu setiap hari.
"Saya tahu ibu tak cukup duit hendak beri belanja sekolah setiap hari. Dia juga perlu wang untuk belanja ke tempat kerja. Kalau dia tidak pergi kerja macam mana dia mahu tampung kami sekeluarga.
"Saya tidak mahu susahkan ibu, kalau dia kata tiada duit...saya terpaksalah duduk di rumah ulang kaji pelajaran sendirian.
"Tahun ini saya akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya tak mahu selalu jadi macam ini," katanya kepada Harian Metro di rumahnya di Rumah Awam Chenderah, dekat sini, semalam.
Ketika ditemui, Norsahalan tidak ke sekolah.
Menurutnya, untuk ke sekolah dengan menunggang basikal jaraknya agak jauh iaitu kira-kira 15 kilometer sehala.
Laluannya juga bahaya kerana terpaksa melalui jalan sibuk dengan kenderaan berat.
Dia berkata, adik bongsunya, Norzahida Dalila, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Iskandar Shah di Jasin bernasib baik kerana dapat tinggal di Asrama Anak Yatim Jasin.
Norzahida dihantar ke sekolah menaiki kenderaan milik asrama berkenaan.
"Saya mahu masuk asrama itu tapi sudah penuh. Saya tak kisah pindah sekolah lain yang ada asrama asalkan saya dapat ke sekolah setiap hari.
"Saya juga ada memohon biasiswa sejak tingkatan satu tapi hingga kini saya tidak terpilih.
"Saya malu hendak ke sekolah. Kawan dan cikgu ingat saya ini kaki ponteng sedangkan saya orang susah," kata anak kedua daripada empat adik beradik itu.
Dua lagi adik beradik Norsahalan sudah berkeluarga.
Mesah pula berkata, dia sudah menemui pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jasin beberapa hari lalu bagi mengetahui status permohonan biasiswa anaknya.
"Mereka beritahu anak saya kena buat permohonan baru tapi untuk tahun depan. Saya ini sudahlah orang susah, itupun saya kena tunggu lagi.
"Gaji sebagai pengawal keselamatan tidak seberapa dan banyak perkara perlu dibelanjakan.
"Untuk ke tempat kerja menggunakan motosikal sudah mencecah RM5 sehari. Saya harap sangat supaya permohonan biasiswa anak saya dapat pertimbangkan" katanya.
Baca kenyataan EXCO yg berkaitan klik disini
Kenyataan dari pelajar miskin Klik disini
PAS Kawasan diharap dapat segerakan menyelesaikan masalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan