Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 16 Mac 2008

APAKAH MUKHRIZ WAKIL RAKYAT ATAUPUN WAKIL MAHATHIR?

OLEH : MARHAINTUA


Perbuatan Mukhriz Mahathir menjaja air liur minta Perdana Menteri Paklah berundur daripada dunia politik adalah satu kerja yang sukar dimengerti, memandang beliau baru sahaja menang pilihan raya untuk kali pertama bagi kawasan Parlimen Jerlun.

Secara rasminya Mukhriz ialah Wakil Parlimen BN bagi kawasan pilihan raya Jerlun. Selepas menang adakah dia melakar agenda untuk menemui para pengundi di tempatnya dan mendengar rintihan mereka apa yang perlu dilaksanakannya sebagai wakil rakyat mereka?

Sejak menang dia telah mengadakan dua majlis di dua buah hotel berasingan melibatkan wartawan tempatan dan asing mahu meminta Paklah berundur.

Khabarnya dia tergugat ketika itu oleh Kumpulan Pekida dan terpaksa melembutkan kenyataan beliau meminta Paklah melakukan sesuatu yang menepati tugasnya. Tetapi secara tiba-tiba dia menulis surat rasmi kepada Paklah dan ada salinannya yang diterima orang ramai meminta Paklah berundur. Bukankah itu melanggar etika kepimpinan? Kenapa dia tidak menulis secara rahsia dan salinkan tulisannya kepada Anggota Majlis Tertinggi UMNO? (surat: m/surat 1 - m/surat 2)

Kita bukan peduli sangat apakah Paklah mahu turun ataupun tidak, kerana proses dia turun itu adalah sesuatu yang pasti. Tetapi perbuatan Mukhriz secara solo dan zorro bertindak mahu Paklah berundur nampak sangat semacam dia sudah menjadi proksi kepada bapanya.

Nampak sangat Mukhriz cuba main publisiti murahan. Soalnya sekarang apakah Mukhriz seorang wakil rakyat kawasan Jerlun ataupun proksi Mahathir?

Apakah Mukhriz sudah berangan-angan agar Najib naik menggantikan Paklah dan dia akan naik bertakhta pula di Tingkat Empat?

Tiada ulasan: