Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 14 Mac 2008

"SHAHIDAN AKAN LAWAN" KATA ORANG KANAN BEKAS MB PERLIS

BEKAS Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan akan melawan keputusan menyingkirkan beliau sebagai MB Perlis.

Portal berita Agendadaily.com memetik kenyataan salah seorang orang kanan Shahidan berkata, ketuanya itu kini berada di Jabatan Perdana Menteri dalam usaha untuk menemui Datuk Seri Abdulah Badawi bagi menangani kemelut terbaru ini.

Shahidan dilaporkan menentang tindak tanduk yang melanggar keputusan parti yang telah memilih beliau mengetahui kerajaan Perlis.

Dugaan bahawa segalanya selesai setelah Datuk Seri Shahidan Kassim mendapat watikah lantikan sebagai Menteri Besar dari Perdana Menteri awal Selasa malam nyata meleset.Sebaliknya Raja Perlis terus berkeras tidak mahu menerima Sahidan.

Hari ini baginda melantik Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan BIntong,Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar.Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Raja Perlis Mohd Adib Zakaria di Kuala Lumpur tengahari ini. Dr Md Isa diketahui umum adalah orang Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Tiada ulasan: