Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 9 Mac 2008

BN TUMBANG DI SELANGOR, PEMBANGKANG SEDANG RUNDING TUBUH KERAJAAN NEGERI


TERKINI! KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Parti-parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo di Selangor.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Subang mengesahkan DAP, KeADILan dan PAS sedang bermesyuarat sekarang ini untuk mencari formula terbaik menubuhkan kerajaan negeri.

Katanya, DAP memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri, KeADILan 11 kerusi, manakala PAS memperolehi 9 kerusi.

Dengan ini katanya, pembangkang berjaya merampas 35 daripada 56 kerusi di Selangor.

Tiada ulasan: