Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 9 Mac 2008

TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN 1969


Oleh: Insan Berguna

IB menulis "entry" ini dengan andaian keputusan kali ini memihak kepada pembangkang berdasarkan laporan-laporan yang diterima bahawa BN mungkin menghadapi cabaran yang paling getir dalam sejarah pemerintahan mereka.

Setakat ini, kebanyakan laporan mengatakan bahawa pembangkang sedang mendahului di semua kerusi panas.

Apa yang IB ingin ketengahkan ialah jika suasana pembangkang bakal menang, suasananya tidak boleh disamakan dengan 13 Mei 1969.

Apa yang berlaku hampir 40 tahun lalu jauh beza dengan apa yang berlaku sekarang.

Jika dulu dilihat pembangkang itu sebagai tentang kaum Cina dan bertembung dengan kaum Melayu, yakni pertembungan menang kalah di atas batasan kaum.

Tetapi kali ini, kesemua bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dilihat sepakat dalam satu barisan yang agak sepadu bersama menentang BN. Maka jika BN kalah teruk di kebanyakan tempat, IB yakin bahawa peristiwa yang berlaku pada tahun 1969 tidak mungkin berulang.


Ini adalah manifestasi dari pelbagai kaum sepakat bangkit menentang keangkuhan pelbagai bangsa dalam pakatan BN.

Maka tidak wajar jika ada pihak yang cuba mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam rusuhan perkauman dulu.

Sekian, IB
7.45 petang

Tiada ulasan: