Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster ,Muslimin dan Muslimat
Cadangan Buat Kerajaan Barisan Rakyat
Alhamdulillah dengan kuasaNYA dapat BR membentuk kerajaan di Malaysia walau difitnah pelbagai bentuk dan rupa, segala macam hasutan yang terfikir oleh otak-otak khianat terutama media arus perdana yang dikuasai parti berkarat Umno/BN! Kerja jahat tangan-tangan media ini berlanjutan daripada dahulu lagi sampailah pada saat tersungkurnya lima buah kerajaan negeri kepimpinan parti karat BN yang haprak ini.
Setiap hari media pengkhianat dan dengki ini memainkan tema yang serupa, memfitnah, memanipulasi dan memutar-belit fakta, melacuri kenyataan benar juga menanam bibit-bibit sensitif perkauman agar terlaksana agenda jahat mereka iaitu - perpecahan dan pergeseran yang akan mencetuskan perbalahan di antara komponen-komponen Barisan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP!
Cadangan saya ialah, bagaimana media pengampu dan pembodek melayan/menyusahkan BR begitu juga sebaliknya dibuat terhadap mereka! Setiap wartawan media arus perdana dikenalpasti, disenarai dan difailkan (supaya senang mengambil tindakan mahkamah jika perlu). Di samping setiap acara rasmi, fungsi negeri atau negara pastikan dengan menapis seketat mungkin, scrutinize setiap individu daripada media-media ini, baik elektronik atau cetakan, terutama yang daripada RTM, TV3suku,Utusan Meloya, Berita Hairan, Star, NST, Harian Metro, Bernama dan lain-lain yang difikir wajar, adakan security personnel yang kerjanya hanya menapis dan siasat rapi atas wartawan-wartawan ini. Kalau mahu lagi berkesan disekat atau di'ban'kan media-media ini! Pilih hanya yang jujur dan telus membuat laporan dalam apa-apa sidang akhbar, saya percaya BR tidak perlu bergantung harap kepada media-media sampah ini kerana banyak lagi saluran alternatif yang bebas daripada parti karat Umno/BN ini!
Bagi wartawan-wartawan pembohong ini, hanya sediakan laporan bertulis sahaja jika kasihan jangan bagi izin hadir dalam apa jua bentuk sidang media! Dengan cara ini barulah mereka tahu, juga susah memutar-belitkan apa saja kenyataan BR, tidakkah mereka malu melihat bagaimana wartawan Cina (yang bukan-Islam) sungguh berdedikasi pemberitaannya tanpa prejudis, adil dan ikhlas, bukan mengampu tapi lihatlah sendiri kerja mereka. Satu contoh ingatkah lagi kisah di Lebuhraya Kesas (Jalan Kebun)? Di mana ramai reformis termasuk Dr Wan Azizah, Tok Guru Hadi juga pemimpin-pemimpin lain reformasi yang dibelasah dengan kejam, ditembak dengan gas pemedih mata dan pelbagai kezaliman! Bagaimana lautan manusia yang tak digambar langsung oleh media pembodek tak berakhlak itu tapi surat khabar Cina jujur meletakkannya di muka depan! Tiada satu gambar pun keluar walau kecil diberi peluang sehingga berita pun dikelabukan oleh media pembohong! Tidak ada dalam tv, radio juga semua akhbar perdana! Begitulah khianatnya wartawan-wartawan pengampu yang tak bermaruah dan beretika itu!
Sudah sampai masa BR perlu tegas untuk mengajar cara kewartawanan yang betul pada malaun-malaun ini semua. Saya sangatlah berharap jika dapat pemimpin-pemimpin BR memberi sedikit ruang untuk fikir dan bertindak terhadap pemfitnah-pemfitnah parti karat Umno/BN ini. Hanya sekadar satu cadangan untuk mengambil tindakan terhadap kebiadaban media-media arus perdana yang telah sekian lama dibiar bermaharajagila dengan pemberitaan palsu, dengki dan mengampu, wassalam
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan