KUALA LUMPUR, 16 Mac - Kebelakangan ini Umno dan media massa yang dimilikinya begitu riuh meratapi apa yang mereka dakwa sebagai pengkhianatan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dan tak semena-mena para ahli dan penyokong Umno sedar bahawa tunjuk perasaan dan berhimpun secara aman perlu untuk mereka. Selama ini mereka mengutuk perhimpunan aman dan mendakwa ia akan menjadi punca keganasan.
Apakah DEB itu?
"Sebenarnya DEB itu bukan undang-undang; ia hanyalah dasar atau polisi Umno yang kemudiannya diserapkan ke dalam peraturan dan pekeliling kerajaan, termasuk dalam soal pembahagian tender kontrak dan sebagainya," jelas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas.
Beliau menambah, setahu beliau tidak ada dokumen rasmi yang menjelaskan asal usul, perincian dan pencapaian dasar ini yang dikatakan dimulakan pada 1971.
Katanya lagi, sama dengan 'Islam Hadhari', dasar-dasar Umno ini tidak jelas dan kadang-kadang tenggelam dan timbul.
"Itulah yang berlaku kepada Wawasan 2020 yang dipelopori oleh pentadbiran Mahathir. Di dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi Wawasan 2020 tidak diberi perhatian. Sebaliknya ia mencanangkan semula Rukunegara yang dicipta oleh pentadbiran Abdul Razak Hussein," jelas Dr. Abdul Aziz lagi.
Jadi DEB, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari ini hanyalah gimik setiap Perdana Menteri yang dicipta untuk dijadikan slogan masing-masing.
Dasar dan slogan ini terkubur dengan kematian atau perletakan jawatan Perdana Menteri berkenaan. Dan seolah-olah mereka sengaja meletakkan tarikh penamat gimik-gimik itu jauh di hadapan; semacam hendak mempastikan bahawa mereka sudah tiada apabila dasar itu tamat.
Oleh kerana DEB sekadar dasar dan gimik Umno maka tidak salah jika Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakannya.
DEB hanyalah satu program di bawah Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa Melayu.
Umno dan media menggambarkan seolah-olah DAP telah melanggar Perlembagan atau undang-undang.
Walau apa pun, Dr. Abdul Aziz menyambung, kita tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak kerana pada awalnya DEB, yang dimulakan pada 1970, hendak ditamatkan pada 1990. Tetapi oleh kerana ia gagal maka ia pun dilanjutkan. Umno jelas takut dipertanggung jawabkan atas kegagalan DEB itu.
Malangnya masyarakat Melayu melihat DEB seperti keramat yang tidak boleh dikritik apa lagi dikesampingkan.
Tragedi yang berlaku di sini ialah dasar-dasar itu tidak pernah dibincang dan dinilai secara telus, sebaliknya ia diwar-warkan ke sana ke mari untuk tujuan politik dan mengugut orang Melayu.
"Yang mengikat dan menjadi peraturan kita ialah Perlembagaan, dan ia mengikat semua orang, tak kira Melayu atau tidak," kata Dr. Abdul Aziz lagi.
Bagaimanapun pakar Perlembagaan dari UIAM itu menjelaskan, ia bukanlah sampai ke tahap menggantikan Al-Qur'an.
Beliau berkata Perlembagaan hanyalah dokumen perundangan yang kita gunakan untuk mentadbir selain menjamin hak-hak kita sebagai warganegara.
"Dan tak perlulah kita memasukkan elemen-elemen seperti Rukunegara, Wawasan 2020 dan seumpamanya kerana ia akan mencampur aduk dan mengelirukan kita semua," ujarnya lagi.-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan