Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 12 Mac 2008

KETUA PEMUDA UMNO YANG DUNGU

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kemenangan pembangkang Barisan Rakyat merampas lima negeri Sabtu lalu sebagai satu 'misteri' Katanya, ia kerana Barisan Nasional (BN) "sangat kuat dan mantap di semua negeri".

Oleh itu, katanya, tidak munasabah empat negeri - Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor - boleh jatuh ke tangan pembangkang Barisan Rakyat. "Jadi saya keliru bagaimana pembangkang Barisan Rakyat menang di negeri-negeri tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dan BN di ibunegara hari ini.

Dalam pilihan raya umum kali ini, BN mendapat 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat. Barisan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS berjaya memenangi 82 kerusi parlimen. Barisan Rakyat juga berjaya merampas keempat-empat negeri tersebut manakala PAS mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Mengulas lanjut mengenainya, Hishammuddin bagaimanapun berkata, kemenangan pembangkang Barisan Rakyat itu tidak akan menghalang kerajaan melaksana dan meneruskan agenda-agenda negara."Masih banyak lagi yang akan dibuat. Banyak isu perlu ditangani dan didengar," katanya sambil menambah, pemimpin utama Umno dan BN perlu tegas dan lebih mantap lagi.

Mengenai mesyuarat MT Umno dan BN hari ini, Hishammuddin berkata, mereka menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

UNTUK MAKLUMAN HISAMUDIN KUASA RAKYAT YANG MENENTUKAN KERAJAAN BUKANYA MT UMNO! BUKAN KELIRU TETAPI SASAU@TAK PERCAYA......???

Tiada ulasan: