Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 12 Mac 2008

MALAYSIA BARU : UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN

Semenjak keputusan penuh PRU12 diketahui umum, rata-rata rakyat marhaen bercakap dan bersembang mengenainya. Di kedai kopi, di pejabat dan di mana saja. Bahkan forum, ulasan dari ahli akademik juga memperkatakannya. Apa yang baik ialah seperti nampak kata sepakat bahawa kekalahan BN tidak membawa mudarat, rusuhan kaum, demonstrasi atau apa saja yang melibatkan perkauman.

Rakyat marhaen benar-benar matang, tidak ada isu kaum yang dibangkitkan, semua menerimanya atas dasar rakyat Malaysia, bangsa Malaysia. Tidak ada isu agama yang terbangkit. Semua nampak bersatu hati dengan rasa ikhlas, jujur dan puas dapat mengkedukan semua lapisan pemimpin BN. Bahkan mereka semua tahu apa sebab musababnya. Cuma selama ini mereka buat2 tidak faham kehendak rakyat marhaen dek silau kilauan lampu neon yang dipasang kerajaan.

Jadi semua telahan pemimpin2 BN, UMNO, MCA dan MIC selama ini dengan menakut-nakutkan rakyat dengan isu2 kaum, agama semata2 adalah tipu muslihat mereka bagi mengekalkan kuasa masing2 pemimpin. Percayalah mereka ini semuanya hipokrit. Cuba mereka-mereka cerita agar rakyat terus terbius, terkhayal selamanya seperti makan pil kuda.

Dengan kehendak Allah, kita semua cepat sedar dengan penawar yang tidak ada ubat lain yang terkalahkan waima manusia paling bijak. Air shahdu dari langit. Tidak sia2 perjuangan yang selama ini nampak selekeh tapi berkesan sebagaimana yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan. Tidak pernah ada pemimpin PAS dan kerajaan yang boleh diterima oleh semua kaum, baik cina, india, siam dengan rasa hormat kepada beliau. Ucapan beliau, kata2 beliau seperti penawar bagi hati, mutiara yang indah....inilah Islam. Agama Allah yang terjamin, yang benar di sisiNya, pembawakannya pun benar, orang yang membawanya pun mesti benar-warasatul anbia'. Ikhlas, rendah diri, tawadhu' ..... pengajaran, kata2nya di terima bukan sahaja di kelantan, tetapi diserap ke serata tempat. Ini semua ditarbiah sedikit demi sedikit oleh beliau dan para pendakwah PAS. Hasilnya, orang Cina, India dan Siam baik muslim atau tidak bila datang melawat ke Kelantan menjadi acara mereka untuk singgah dan bertandang ke rumah Tuan Guru, melihat dan berbual dengan beliau tanpa ada sekatan, tanpa appoinmen! Tidak juga ada istana batu! Teringat kata2 Tuan Guru semasa menamakan senarai calon2 PRU12, lebih kurang " Saya rasa letih dengan kudrat yang ada untuk menahan pelbagai serangan, tohmahan , cacian yang dilemparkan pimpinan UMNO. Sedangkan kita cuma mahu menegakkan AgamaMu ..... Ya Allah....... "

Jiwa dan bentuk Islam inilah yang diajar Rasulullah SAW. Kita terlalu jauh dibawa oleh Islam UMNO. Bahkan telah ditambah pula dengan HADHARI? Jadi selama ini kaum Cina, India bahkan Melayu dimomokkan dengan Islam tidak relevan untuk memerintah sesebuah kerajaan, ditakutkan dengan hukum hudud, tidak moden, tidak maju sebab pakai serban atau jubah. Tak pandai tadbir sebab tak pandai menipu?

UMNO SEBENARNYA SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEKARANG . KITA SEKARANG SUDAH MEMASUKI ERA MALAYSIA BARU.

Bersatu sebagai rakyat malaysia. Semua kita menumpang di sini buat sementara. Ingat... Agama Islam tidak menganinyaya agama lain atau bangsa lain. Yang menganinyaya agama lain atau bangsa lain, bukan dari Islam Yang Benar lagi Lurus. Itu dari setan laknatullah!

- My As

Tiada ulasan: