Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 29 Mac 2008

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI : 23 ADUN BN MESTI LETAK JAWATAN


Oleh I-Pacat

Krisis perlantikan MB Terengganu berakhir sudah. Sekarang masa untuk rakyat menuntut janji 23 Adun BN yang diketuai petualang Rosol (tanpa wahyu) anak Wahid. Bukan main sombong puak-puak ni, cakap macam 'orang darat atau orang hulu', dok reti adab sopan langsung. Dia ni memang jadi kuda tunggangan Dollah dan Derih, tapi dia duk perasan hebat sangat.

Dalam Berita Minggu 23 Mac, Rosol Wahid yang mewakili 22 Adun BN menyatakan mereka telah berikrar akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar yang dijadual diadakan di Istana Tamu, Kuala Terengganu keesokannya.

Rosol juga menegaskan bahawa kesemua mereka berdiri teguh di belakang Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Idris Jusoh dan bersedia meletak jawatan sebagai Adun jika jawatan Menteri Besar Terengganu tidak dikembalikan semula kepada Idris.

Nah! sekarang ni mesyuarat MT UMNO telah memutuskan menerima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Dalam mesyuarat tersebut Idris Jusoh pun ada sama. Dan Abdullah suruh Deris terima keputusan itu. Perjuangan nak rebut kuasa sebagai MB dah selesai!

Tapi, bagi rakyat Terengganu, perjuangan mereka masih belum selesai. Masa mengajar puak-puak penderhaka ini sudah tiba ke puncaknya. Rakyat tidak lupa kebiadapan dan kesombongan mereka. Mereka merendah-rendahkan kebijaksanaan Sultan dan ingat rakyat bodoh macam mereka.

Kes puak gila kuasa dan penderhaka ni terlalu banyak. Kesalahan mereka terlalu besar. Kalau di zaman dulu mungkin dah lama kena pancung atau sula.

-Mereka menderhaka kepada Agong dan Sultan Terengganu dengan ugutan memulau majlis angkat sumpah MB sehingga majlis itu ditukar kepada penyerahan watikah pelantikan sahaja.
-Mereka mendalangi sidang akhbar yang dibuat oleh ketua Pemuda Umno Terengganu, Sabri Alwi bersama Wanita dan Puteri negeri, yang terang-terangan menuduh istana campur tangan dalam pelantikan MB.
-Mendalangi usaha mengadakan perhimpunan-perhimpunan haram.
-Menghantar memorandum membantah keputusan Istana.
-Penyokong mereka membawa kain rentang biadap, "Kami nak Idris, NATANG!"
-Kenyataan Rosol Wahid bahawa "mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima.
Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih.
Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi". (Mingguan Malaysia, 23 Mac) Dan banyak lagi....


Setakat ini belum ada apa-apa kenyataan yang membayangkan Abdullah dan ahli MT, Idris, Rosol dan 22 Adun BN lain akan mengadap Tuanku Sultan untuk merafak sembah dan memohon pengampunan atas kebiadapan mereka. Malah seperti kenyataan Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub, "Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah mengarahkan satu 'perang terbuka' ke atas Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong."

"Adalah tidak munasabah pemimpin sebuah parti derhaka seperti Umno untuk memimpin negara yang diketuai oleh raja yang diderhakainya," kata beliau yang dipetik dari Harakahdaily.

Sekarang ini, rakyat Terengganu khususnya menuntut janji yang diucapkan petualang Rosol Wahid bahawa Adun BN akan meletakkan jawatan bila Idris tak dilantik semula sebagai MB. "Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi", begitulah kata-kata Rosol yang dok sedar diri tu.

-Kami, rakyat Terengganu mendesak kesemua 23 Adun BN MELETAKKAN JAWATAN! Kami tidak mahu manusia munafik mentadbir negeri kami ini.
-Kami juga mengesyorkan pihak Tuanku Sultan MENARIK BALIK semua gelaran Dato' Seri, Datuk dsb daripada Adun-Adun berkenaan di atas kebiadapan dan penderhakaan terang-terangan yang dilakukan mereka!


Marilah wahai rakyat sekalian, sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai dengan sekadar selesainya krisis perlantikan Datuk Ahmad Said menjadi MB. Perjuangan kita masih belum selesai selagi 23 Adun BN ini tidak meletakkan jawatan dan dikenakan hukuman yang setimpal di atas penderhakaan mereka.

Yang paling wajar ialah DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula dengan BERSIH. Biar mandat yang diberikan nanti adalah menggambarkan hasrat rakyat dan direstui Tuanku Sultan.

Daulat Tuanku! Suara Rakyat Suara Keramat!

Tiada ulasan: