Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 12 Mac 2008

RENUNGAN UNTUK PENYOKONG PAS DAN PKR DI SELATAN TANAHAIR


Sebelum kita menyalahkan orang lain, cerminlah diri kita sendiri. Apakah kelemahan yang ada pada PAS dan PKR di negeri-negeri selatan tanahair yang menyebabkan pencapaian PAS dan PKR di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tidak begitu memberangsangkan dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Setiap pihak harus mencermin diri mereka sendiri baik peringkat pimpinan, ahli, petugas, penyokong dan para pengundi sendiri.

Di Negeri Sembilan buat pertama kali PKR telah berjaya memenangi 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN, sementara PAS buat pertama kali juga berjaya memenangi 1 kerusi DUN.

Sementara di Johor pula, berjaya menambah 1 kerusi DUN, dimana PAS telah berjaya memenangi 2 kerusi DUN, tetapi kehilangan 1 kerusi DUN yang dimenangi tanpa bertanding pada tahun 2004.

Di Melaka pula PAS dan PKR tidak memenangi sebarang kerusi.

Pelbagai teori dan andaian diperkatakan diatas prestasi yang tidak begitu memberangsangkan untuk PAS dan PKR di selatan tanahair.

Apakah pendekatan berkempen perlu dikaji semula ? Perlu diperbanyakkan ceramah "soft campaign" bukannya ceramah yang menyerang pihak lawan ? Perlu diperbanyakkan ceramah apa tawaran PAS dan PKR untuk penduduk setempat ?

Apakah pengedaran risalah tidak begitu meluas , kerana petugas PAS dan PKR syok sendiri menggantung bendera kurang berminat untuk mengadakan kempen rumah ke rumah serta mengedar risalah rumah ke rumah ?

Apakah PAS dan PKR kekurangan petugas di pondok panas, petugas kira undi dan sebagainya kerana penyokong PAS dan PKR syok sendiri dengan ceramah yang dihadiri oleh ribuan penonton, walhal mereka yang mendengar ceramah itu mungkin bukan pengundi di kawasan tersebut ?

Apakah perlu diperbanyakkan lagi laman web yang membangkitkan isu permasalahan setempat bukannya laman web yang mengulas isu nasional semata-mata ?

Apakah perlu penyokong PAS dan PKR sentiasa mendampingi semua bangsa dan agama termasuk orang-orang UMNO sendiri ?

Apakah perlu setiap penyokong, petugas, ahli PAS dan PKR perlu lebih banyak berkorban masa dan wang ringgit untuk membantu calon , bukan semata-mata mengharapkan kewangan dari calon atau pimpinan pusat ?

Banyak lagi andaian dan spekulasi yang boleh kita buat dengan pengundi hantunya, membeli pengundi dan sebagainya. Tapi cermin diri kita sendiri sebelum kita salahkan orang lain.

Berusahalah dari sekarang untuk mencapai kejayaan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti insyaAllah. Yang belum mendaftar sebagai pengundi , daftarlah segera. Ajak sanak saudara dan rakan taulan supaya mendaftar sebagai pengundi. Yang sudah mendaftar sebagai pengundi , tapi masih belum ubah alamat, ubahlah segera. Ini ada yang duduk Negeri Sembilan tapi suami mengundi di Pahang, isteri mengundi di Johor, camno ?

Buatlah tabungan dari sekarang baik diperingkat parti, peringkat kepimpinan, diperingkat ahli, penyokong dan seterusnya supaya PAS dan PKR mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menghadapi pilihanraya dan untuk mempertahankan kerusi yang sedia ada.

NEGERI UTARA SUDAH BERUBAH , KITA DI SELATAN BAGAIMANA ?

sumber dari : AMK NS

Tiada ulasan: