IPOH 12 Mac — Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.
Beliau bakal mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.
Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4 petang esok.
Nizar, Ahli DUN (ADUN) Pasir Panjang berkata, perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu menghadap di Istana Kinta di sini pukul 5 petang ini.
Pas, DAP dan PKR semalam mengemukakan tiga nama - Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, 47; Bendahari PKR Perak, Jamaluddin Mohd Radzi, 52; dan Nizar, untuk dipilih oleh Sultan bagi jawatan itu dan seterusnya mengetuai kerajaan negeri yang baru.
Senarai nama berkenaan dikemukakan selepas ketiga-tiga parti itu mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran

Tiada ulasan:
Catat Ulasan