"BEGINILAH nasib hidupku yang malang, oh tuhan," mungkin lagu ini antara banyak-banyak lagu yang paling cocok untuk bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.
"
Shahidan yang tidak mendapat perkenan Raja Perlis Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail untuk menjadi menteri besar, khabarnya menjaja surat watikah perlantikan beliau yang ditandatangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Namun sign Pak Lah itu rupanya tidak laku. Kesudahannya, sumber memberitahu KLpos, Shahidan dikatakan 'angkat bungkus' barang-barang beliau dari rumah kediaman rasmi Menteri Besar di Kangar.
Sedang berkemas untuk keluar," kata sumber tadi.
Menurut sumber, apa pun berlaku, jelas bukan Shahidan lagi menjadi pemimpin utama negeri Perlis.
Sebelum itu, Shahidan mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri di sini, dipercayai berhubung pergolakan dalam pemilihan jawatan Menteri Besar Perlis.
Beliau bagaimanapun enggan ditemuramah oleh media apabila pemandu kenderaannya memecut laju sebaik sahaja kenderaan itu dihampiri oleh sekumpulan wartawan yang menunggu di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, bagi mendapatkan ulasan.
Shahidan yang duduk di tempat duduk belakang di samping isterinya, turut dilihat membongkokkan badan apabila sekumpulan jurugambar cuba merakamkan gambarnya.
Beliau yang menaiki kenderaan jenis BMW berwarna hitam, bernombor plat RG12, keluar dari perkarangan Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 2.40 petang bersama empat kenderaan lain.
Shahidan dilihat memasuki perkarangan bangunan tersebut kira-kira pukul 11 pagi dan difahamkan beliau bertemu Abdullah kira-kira 12.40 tengah hari.
Kemelut berhubung pelantikan Menteri Besar Perlis berlaku apabila Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar walaupun Shahidan sudah menerima watikah daripada Perdana Menteri untuk menduduki jawatan itu.
Semalam, Abdullah memberi jaminan akan menyelesaikan segera kemelut pelantikan Menteri Besar di negeri itu yang menyaksikan dua nama dicalonkan untuk jawatan tersebut.
Jaminan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri kepada 10 Adun Barisan Nasional (BN) Perlis yang dipanggil untuk menemuinya di pejabatnya, semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan