Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 17 Mac 2008

TIADA SEORANG PUN BERANI....

OLEH : MY AS

Ke mana perginya semua hulubalang UMNO? Ke mana perginya pengampu-pengampu PM?

Ke mana perginya jurucakap kerajaan yang hebat?


Kesian PM Abdullah, selama ini bila dibuat apa-apa kenyataan akhbar, berkeliling hulubalangnya, kiri kanan. Sepatah diucap beribu-ribu perkataan yang diulas, kadang tu sepatah pun jadi la asalkan diulas dan diampu. Inilah nasib.

Ke mana pergi Hulubalang Terbilang Nazri Aziz yang suka membela perempuan-perempuan sundal? Ke mana hulubalang Pemuda Khairi Jamaluddin yang suka menuduh pembangkang sebagai beruk kera? Ke mana hulubalang Putera Rempit Abdul Azeez? Apakah berada di kutub selatan ?

Jadi bagaimana mahu memerintah sebuah kerajaan yang kuat tanpa hulubalang dan kaki ampu? Susah.....sudah mendarah daging hidup dengan dipuji dan diampu. Bila dikritik dipulau atau dibuang daerah. Inilah jadahnya.

Anak menantu hilang, kawan sahabat ghaib ghuyub. Inilah akhlak Islam Hadhari. Imam sendiri yang mengajar akhlak yang buruk ini. Suka kepada hiburan melampau, seronok dan bersukaria, di kelilingi kawan-kawan mewah yang hidup bergaya sehingga tauke F1 pun boleh jadi kawan rapat. Perempuan dan kemewahan adalah punca jatuh sesebuah kerajaan di dunia...khayal dibuai arak dunia!

Rakyat sudah tidak percaya. Pengampu kaki bodek juga sudah tidak percaya. Raja-raja Melayu juga kurang percaya, apa lagi pembangkang....99 peratus tidak suka...Mukhriz saja yang berani membantu, merayu supaya Pak Lah berghenti, ini saja jalan keluar.

Ayuh berhentilah Pak Lah secara baik, sekurang-kurangnya banyak masa kita sama2 merenung diri yang fana ini.

Tiada ulasan: