Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 16 Mac 2008

"NAMA KHAIRY TIADA DALAM KABINET ABDULLAH"


AHLI Parlimen Rembau, Negeri Sembilan, Khairy Jamaluddin dikatakan tidak akan dipilih untuk menyertai kabinet baru Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka akan diumumkan pada Isnin ini.

"Nama Khairy tidak disenaraikan untuk menyertai kabinet Pak Lah", demikian ujar satu sumber yang rapat Pergerakan Pemuda Umno dan juga rapat dengan ahli Parlimen berkenaan lewat malam ini.

Tambah sumber itu lagi Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda Umno sudah tidak ada apa hubungan dan peranan dalam kabinet yang bakal diumumkan kelak. Abdullah sendiri katanya sudah mulai sedar peranan dan penglibatan menantunya dalam membuat beberapa keputusan berhubung pilihan raya lalu memberikan imej tidak baik kepada dirinya dan BN.

Kalau Khairy dilantik menganggotai Kabinet ia menyebabkan imej Abdullah makin kotor dan rakyat yang selama ini bencikan Khairy kerana sikap dan perangai akan menjadi semakin benci dan menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri dan BN.

Jadi kata sumber itu, Abdullah tidak akan mengambil risiko untuk melantik Khairy. Bagaimana pun Khairy dikatakan akan bertindak menjadi penyokong kerajaan yang aktif di dalam Dewan Rakyat kelak.

Perkembangan ini menolak desas desus yang tersebar luas sebelum ini yang mengatakan Abdullah akan mengambil menantunya menyertai kabinet. Kementerian yang disebut akan diserahkan kepada Khairy ialah Kementerian Keselamatan (KKDN) di mana Khairy akan diberikan tugas selaku timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada polis.

Selain kementerian itu Khairy juga disebut akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan!

Sementara itu dari sau sumber lain pula menyebut anak lelaki Abdullah, Kamaluddin dikatakan marah dengan tindak tanduk adik iparnya itu dan menyalahkan Khairy kepada apa yang berlaku ke atas bapanya dan BN dalam pilihan raya lalu.

Ekoran itu keluarga Khairy dikatakan kurang senang atas apa yang berlaku itu dan ini menyebabkan hubungan kekeluargaan Khairy dan keluarga Abdullah berada dalam keadaan tidak harmoni dan sedikit tegang.

Menurut sumber itu juga keluarga Khairy tersinggung atas sikap Kamaluddin itu kerana Kamaluddin dikatakan telah memberi kata dua kepada Khairy dan tindakan Kamaluddin itu seolah tidak menghormati Khairy dan menjaga maruah keluarganya.

Perkembangan yang berlaku ini menyebabkan penghuni di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya pada masa ini jadi tidak menentu.

Tiada ulasan: