Oleh : Ulit Mayang
Pertama, tahniah kepada YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, kerana dilantik sebagai Menteri Penerangan.
Kedua, tahniah juga kerana 'berani', walaupun nampak takut-takut sikit untuk membuat perubahan seperti yang dituntut oleh rakyat terbanyak. Perubahan dan reformasi dalam semua sudut di Kementerian Penerangan, seperti kaedah penyampaian berita dan maklumat.
Alhamdulillah, salah satu yang dijanjikan YB Dato' ialah untuk mengadakan Rancangan BLOG, seperti mana yang disiarkan malam tadi di TV1, jam 8.45malam.
Saya menyokong penuh rancangan ini, walaupun ada seruan dan cadangan supaya diboikot semua saluran media cetak dan elketronik., tetapi saya mengambil pendekatan dan kaedah berbaik sangka, mungkin kerajaan akan lebih perihatin dan sanggup melayan permintaan rakyat terbanyak, walaupuan selama ini kerajaan hanya mesra dengan pembesar -pembesar di kalangan parti pemerintah sahaja. Kesediaan kerajaan untuk lebih mesra dengan rakyat terbanyak amat lah dialu - alukan.
Sayang sekali, walaupun rancangannya bagus, tetapi tempoh siarannya sangat pendek, kalau tak silap rancangan terpendek yang pernah disiarkan oleh RTM, khususnya TV1
Saya ingin mencadangkan supaya YB Dato mewujudkan satu anugerah baru dalam pertandingan – pertandingan yang dianjurkan oleh RTM, pada masa - masa akan datang, di dalam kategori RANCANGAN TERPENDIK POPULAR. Sekiranya dipersetujui, saya amat yakin, Rancangan BLOG ini akan terus menggondol anugerah bagi tempoh masa yang lama, mungkin selepas YB Dato tidak lagi menjadi menteri ianya masih diadakan dan diudarakan.
Bukan apa, nampak sangat tahap kewarasan dan keintelektualan serta jangkauan otak YB Dato masih lai berada di peringkat kampong di Kemaman, jauh sekali untuk mencapai tahap nasional, apatah lagi ke peringkat glokal dan antarabangsa.
Kesian saya melihat tetamu yang diundang Yang Berbahagia Dato' A Kadir Jasin, tidak sempat untuk menarik nafas, dengan soalan bertalu - talu dan bertali arus dari pengacara Sdr Hashim Abu Hanifah.
Walau bagaimanapun, saya sangat berbesar hati, kerana menerusinya, iaitu dengan kaedah yang berlebih kurang ini, tidak bersungguh–sungguh, tangkap muat yang diamalkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini, ia dapat mengekalkan malah meningkatkan lagi tahap kebencian, kemarahan, kemeluatan, dan tekad rakyat terbanyak untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam PRU-13 nanti, seperti tidak sabar - sabar rakyat terbanyak menunggu PRU-13, tahun 2012 atau 2013 nanti.
Sehubungan dengan itu, untuk tidak menambahramaikan lagi musuh UMNO/BN, kini dan masa akan datang, adalah dengan ini saya syorkan supaya YB Dato memberhentikan sahaja rancangan ini.
Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan