Keputusan Pak Lah melantik exco kerajaan negeri Pahang Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar sungguh memeranjatkan dan tidak diduga sama sekali. Lain yang diharap, lain pula yang dicapai. Sebelum ini, heboh diperkatakan soal desakan Wanita UMNO perihal ketua mereka yang tiada dalam kabinet Pak Lah. Ramai pemimpin wanita yang merayu agar Pak Lah mengambil kembali Rafidah untuk berada dalam kabinet barunya itu. Namun, kini Maznah yang merupakan Ketua Wanita UMNO Pahang itu pula yang terpilih. Apakah kritirea penting yang menyebabkan Maznah yang merupakan seorang ahli dewan undangan negeri diangkat ke jawatan itu?.
Persoalan ini lah yang memusykilkan semua pihak. Apakah Pak Lah sudah tiada calon yang lebih bagus dan berkaliber daripada Maznah. Orang Muadzam sendiri tahu bahawa Maznah sebenarnya telah ditolak disana. Maznah menang kerana kekuatannya mempengaruhi pengundi orang asli dan Felda. Umum mengetahui dua masalah inilah yang menyebabkan negeri Pahang gagal ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Maznah ditolak kerana dikatakan banyak memperkayakan dirinya sendiri daripada membantu rakyat di kawasan terbabit. Kelibatnya juga sebenarnya jarang di Muazdzam, lantaran begitu sibuk dengan tugas exconya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pahang itu. Mengapakah Pak Lah melantik Maznah? Apakah beliau begitu lemah tak bermaya sehingga terpaksa akur dengan desakan wanita UMNO?.
Sebelum ini beliau menganggat Sharizat Jalil setaraf dengan jawatan menteri, biarpun beliau tewas di Lembah Pantai ditangan "Puteri Reformasi" Nurul Izzah Anwar. Kini, Maznah pula yang mendapat tempat itu bagi menggantikan kerusi yang dikosongkan oleh Datuk Abdul Ghaffur Salleh pada Mac lalu. Melihat kepada trek rekod Maznah di Pahang, beliau sememangnya sudah tidak disenangi oleh MB Pahang Dato' Nan itu. Kabaran diterima, akibat perbalahan tentang isu kehilangan wang RM1 Juta yang disumbangkan oleh Wanita UMNO untuk digunakan di pilihanraya kecil Batu Talam menyebabkan Adnan hanya menghadiahkan satu kerusi DUN untuk ditandingi oleh Wanita UMNO Pahang. Adnan dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan Maznah tentang kehilangan wang itu. Menurut kisahnya, wang tersebut telah dimasukkan ke akaun peribadi Maznah kemudian disenyapkan begitu sahaja.
MB Pahang itu begitu melenting, dan berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Maznah semasa mensyuarat menentukan calon pilihanraya di Pahang baru-baru ini. Lantaran itu, Adnan bertindak hanya memberi satu kerusi sahaja untuk ditandingi oleh Wanita UMNO. Satu kerusi lagi untuk wanita telah diberikan kepada Puteri UMNO yang meletakkan Ketua Puteri Pahang, Shahaniza Shamsuddin menggantikan Rosni Zahari di DUN Kuala Sentul. Adnan sememangnya tidak senang dan kecewa dengan Maznah. Sikap Maznah yang lebih mementingkan dirinya sendiri dari parti telah menyebabkan beliau ditolak. Namun, rezeki berpihak kepadanya kerana beliau dikatakan rapat dengan Rafidah.
Pak Lah tidak mahu lagi melantik Rafidah ke kabinet kerana pertikaman lidahnya yang tidak mahu Khairy menggangotai kabinet baru bapa mertuanya itu. Kemarahan ini menyebabkan Khairy bertindak menghalang kemasukan semula Rafidah ke dalam kabinet. Lantaran itu Muhyiddin dipilih menggantikan Rafidah di kementeriannya itu. Maknanya disini, kemasukan Maznah atas desakan Rafidah dan wanita UMNO itu jelas sekali Pak Lah sengaja mencari "Bala". Tambahan pula Pak Lah kurang sedar bahawa, Muadzamm Shah berada dalam Parlimen Rompin yang diwakili oleh Jamaluddin Jarjis mantan Menteri Inovasi itu.
JJ yang telah berjaya membawa angkasawan Malaysia pertama ke angkasa lepas telah dipecat. Padahal jasa dan sumbangan JJ terlalu besar untuk menaikkan nama kerajaan dipersada antarabangsa. Langkah melantik Maznah, pasti satu tamparan buat JJ !! Mana mungkin ADUN di parlimennya dilantik ke kabinet, sedangkan beliau dipinggirkan. Pak Lah langsung tidak mahu menghargai jasa dan sumbangan besar beliau itu. Namun, ada kabaran lucu mengatakan Pak Lah benci JJ kerana lantaran program angkasawannya itulah menyebabkan BN tewas teruk dalam pilihanraya umum baru-baru ini.
Kata mereka program JJ itu menyebabkan rakyat Malaysia melihat roket dan bulan untuk maju serta mengorak masa hadapan. Maknanya, pergi ke angkasa mesti naik roket dan diangkasa mesti dekat dengan bulan dan juga anak bulan. Rakyat Malaysia diseru ingat kisah ini. Lantaran itulah ianya terbawa-bawa dan rakyat Malaysia hanya nampak roket dan bulan sahaja untuk merubah masa depan mereka.
Sketsa inilah kononnya yang merebahkan JJ dan membuatkan Pak Lah tidak boleh tidur malam. Maka, biarpun program JJ itu tampak hebat, Pak Lah tetap menyalahkan ahli parlimen Rompin itu. Soalnya, bolehkah JJ terima kenyataan Maznah yang merupakan ADUN dalam parlimennya itu berjawatan lebih tinggi dari beliau dalam politik dan kerajaan?. Mungkin bagi Maznah, itu tidak menjadi halangan kerana pucuk pimpinan parti yang menentukannya. Apapun perlantikan Maznah ini cukup memuaskan hati MB Pahang Adnan Yaakob itu.
Beliau sememangnya boleh menarik nafas lega kerana wanita UMNO sudah tiada dan dinyahkan daripada senarai exconya. Soalnya siapakah yang akan menggantikan Maznah bagi mewakili wanita UMNO dalam Exco Kerajaan Negeri Pahang selepas ini? Bukankah Maznah hanya satu-satunya calon wanita UMNO yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu. Maka sudah tiada lagi stok untuk wanita UMNO selepas Maznah diangkat ke pusat. Justeru itu, siapakah yang akan menggantikan beliau di Pahang. Apakah portfolio kekosongan itu akan diisi oleh calon dari Puteri UMNO, Shahaniza ADUN Kuala Sentul?.
Soalnya, beliau masih terlalu baru dalam menjadi wakil rakyat. Apakah sementah itu beliau layak untuk dilantik ke jawatan exco?. Dalam masa yang sama, bukankah portfolio yang ditinggalkan oleh Maznah itu adalah untuk wanita UMNO?. Wajarkah Rafidah mendesak Pak Lah menggantikan jawatan Maznah di Pahang yang digugurkan oleh Adnan itu dengan calon wanita lain. Sedangkan sudah tiada lagi calon wanita UMNO di Pahang yang bergelar ADUN. Di parlimen, Maznah boleh dilantik sebagai senator. Tapi di peringkat negeri, apakah jawatan seperti senator itu juga harus diwujud bagi mengisi kekosongan itu. Tidak mungkin wanita UMNO melepaskan jawatan itu kepada Puteri. Umum mengetahui, bekas Ketua Puteri UMNO Azahlina Othman itu sendiri diragui keanggotaannya dalam Wanita UMNO. Inikan pula calon diperingkat negeri. Mungkinkah Adnan akan membiarkan kerusi exco yang ditinggalkan Maznah kosong begitu sahaja tanpa diisi?.
Kemelut ini pasti menghangatkan lagi senario politik di bumi Pahang ini. UMNO Pahang yang sudah bergolak itu bakal berhadapan dengan gelombang yang lebih besar pabila Maznah diangkat ke kabinet. Sama-samalah kita nantikan episod perjalanan politik Pahang ini. Semoga dengan ini akan memudahkan Pakatan Rakyat menakluki negeri ini suatu hari nanti.
Laporan terbaru, Adnan Yaakob nafi pulak gugurkan Maznah Mazlan dari jawatan exco. Mungkin kerana dimarahi oleh Pak Lah agaknya. Sila baca artikel berkaitan Samseng: MB Pahang Sekali Lagi Serang Utusan Meloya! di blog cucumatkilau sekarang. Banyak lagi artikel panas dan sensasi di sana !
Ramai pemimpin UMNO Pahang sudah bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat. Beberapa pertemuan sulit sudah diadakan, harapan besar untuk Pahang menjadi negeri seterusnya ditakluki dalam pilihanraya akan datang semakin cerah ! UMNO semakin bergolak dan bakal karam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan