
Kadang-kadang rasa pelik juga yer..tak terasa ker menteri-menteri atau 'x' menteri menulis di dalam blog. Almaklumlah sebelum ada seorang anak muda yang hitam macam kulit manggis bertempik dengan mengatakan yang penulis blogger ini adalah beruk. Jadinya Pak Ali, Dr. Khir dan beberapa penulis termasuk juga aku tergolong di dalam manusia yang dipanggil spesis 'beruk' ???
Alangkah dangkal pemikiran seorang anak muda yang bermenantu Perdana Menteri Malaysia. Tahap pemikiran yang boleh dikategorikan sebagai pemikiran 'low class' dengan melabelkan blogger ini sebagai 'beruk'. Harap belajar jer tinggi tapi berfikir seperti manusia yang tak berfikiran.
Jadi lihatlah hasilnya, blogger-blogger yang kamu gelar sebagai 'beruk' inilah yang menjadikan menteri-menteri di Malaysia berada di dalam ketakutan dan di sebabkan 'beruk-beruk' inilah juga 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 12 dan kini sudah membentuk Pakatan Rakyat.
Kita lihat keterbukaan sikap, Datuk Ahmad Shabery Cheek , Menteri Penerangan yang baru berkenaan isu blogger. Secara peribadi saya menyokong tindakan beliau bukan saja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif. Harap ia berkekalan. Walaupun mungkin ada agenda disebalik perkara ini, jadi peranan kita dalam masa yang sama ialah sentiasa berwaspada..takut-takut dia bikin hal macam mamak maidin susah la pulak...Jadi untuk tahun 2008, sejarah sudah membuktikan dan sudah terpahat bahawa peranan blogger sangat besar dalam membantu penyebaran maklumat setelah sekian lama rakyat diper'bodoh'kan oleh media massa yang dikuasai oleh kerajaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan