BEKAS Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman disebut-sebut akan menyertai PKR tidak lama lagi, kata sumber kepada KLpos.com.
Fauzi yang terkenal pada tahun 2000 kerana membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Khalil Yaakob kerana mendakwa beliau terbabit dengan penyelewengan kawasan balak, digugurkan sebagai ADUN dalam pilihanraya 2004.
Sebelum Anwar dipecat, Fauzi merupakan Ahli Parlimen Temerloh dan sering dikaitkan sebagai salah seorang penyokong setia Anwar.
"Beliau memang orang Anwar, selepas Anwar dipecat, beliau dipanggil oleh pemimpin tertinggi Umno untuk mengesahkan Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, tetapi beliau enggan dan akhirnya digugurkan dari senarai calon Ahli Parlimen BN dalam pilihanraya 1999, tetapi bertanding di peringkat DUN di Pahang.
"Ketika itulah beliau membuat laporan polis berkaitan rasuah Khalil Yaakob yang sehingga kini tidak dinyatakan hasil siasatannya,"kata sumber terbabit.
Menurutnya lagi, pengaruh bekas timbalan menteri terbabit akan digunakan untuk memperkukuhkan PKR Pahang.
"Insyallah, Anwar sendiri yang akan mengumumkan penyertaan tokoh terbabit," katanya.
Sementara itu, KLpos.com difahamkan salah seorang anak Datuk Fauzi, Mohamad Farhan merupakan pengasas Kelab Penyokong Anwar Ibrahim di Malaysia.
Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di London juga merupakan antara pengerak utama PKR antarabangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan