Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 3 April 2008

NAJIB AKAN TURUT DITERAJANG DARI UMNO, SENASIB DENGAN PAK LAH

OLEH : AMIN ISKANDAR

Bekas PM, Mahathir Mohammad ketika menghadiri forum yang dianjurkan oleh Mykmu.net, telah menyatakan secara terbuka bahawa kini Najib bukan satu-satunya calon pilihannya untuk mengantikkan Abdullah. Sila klik disini.

Perubahan sokongan Mahathir untuk Najib menjadi PM adalah kerana sikap "play safe" Timbalan Perdana Menteri itu. Najib yang didakwa terlibat secara lansung dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu seringkali mengeluarkan kenyataan setia kepada Pak Lah apabila Dr. Mahathir menyerang bapa mertua Khairy itu.

Analisis Nash Rahman dari Malaysiakini menunjukkan bahawa ahli-ahli Umno sendiri telah mula hilang keyakinan terhadap Najib. Najib turut dipersalahkan selain Pak Lah akibat kekalahan teruk BN dalam PRU 12 yang lalu.

Sikap "penakut" Najib ini juga telah menyebabkan orang-orangnya "dicantas" oleh Khairy daripada masuk kedalam kabinet. Salah seorang daripadanya ialah Jamaluddin Jarjis (JJ).


Najib seharusnya malu kerana digula-gulakan oleh menantu PM yang baru beberapa hari berjinak dalam politik.

Mungkin Najib terlalu takut untuk bertindak oleh kerana perbicaraan kes bunuh Altantuya Shariibuu masih lagi berjalan di mahkamah. Jika inilah sebabnya, Najib pasti akan diterajang keluar dari Umno bersama-sama Pak Lah. Mungkinkah?

Tiada ulasan: