Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 14 April 2008

ENAM SEBAB UTAMA RAKYAT MARHAEN MENOLAK BN DALAM PILIHAN RAYA LALU


Oleh Cucu Datuk Bahaman


Saya ingin mendasari persoalan pokok dan perkara asas yang menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat marhaen (golongan berpendapatan rendah dan miskin) dalam pilihanraya baru-baru ini terhadap kerajaan BN, di mana perkara-perkara yang dinyatakan di bawah ini merupakan soal asas yang menjadi punca rakyat mengajar BN sehingga kalah teruk dan kehilangan 6 buah negeri (termasuk WP Kuala Lumpur).

1. Kenaikan harga minyak 30 sen - impaknya cukup besar - segala barang keperluan rakyat naik mendadak & tdk diimbangi dgn pendapatan. Ini merupakan puncak kemarahan rakyat semua golongan kerana mrk merasakan kerajaan gagal berbuat apa2. Jika sudah gagal berbuat sesuatu, buat apa jadi kerajaan? Walaupun baru 3-4 tahun menjadi PM, Paklah mengambil langkah lkurang bijak dan tidak popular apabila menaikkan harga minyak atas alasan kenaikan harga di pasaran global. Kemudian beberapa menteri berkaitan cuba menjustifikasikan kenaikan itu dengan memberikan pelbagai alasan bodoh termasuk membandingkan harganya dengan negara-negara serantau yang bukan pengeluar minyak. Harus diingat bahawa sepanjang 22 tahun menjadi PM, Tun Dr Mahathir tidak pernah menaikkan harga minyak dengan mendadak sebanyak 30 sen sebegitu. Kalau adapun kenaikan ianya amat kecil, antara 2 – 3 sen sahaja sekali naik dan bukannya dalam jangkamasa yang dekat. Dari segi menjaga kebajikan rakyat, ternyata Tun lebih berhati perut daripada kerajaan tiga beranak Paklah.

2. Ekoran kenaikan gaji ktgn kerajaan 1 Julai 2007, utk seketika ada apa yg dinamakan Ops Gaji. Para peniaga pada mulanya mengambil sikap "bijak" dgn menunda kenaikan harga jualan brg mrk ketika Ops Gaji sdg dikuatkuasakan. Namun sejauh mana Ops begitu mahu dilaksanakan terus....menjelang akhir 2007, para peniaga yg tamak mula menunjukkan belang mrk dgn menaikkan harga brg dgn mencanak2 sehinggakan seorang ibu menangis kerana harga susu utk bayinya melambung gila dan "menelan" sebahagian besar gajinya semata2 utk membesarkan anak dlm keadaan terhimpit. Apa ertinya naik gaji jika "kepala dihulur tetapi ekor ditarik" dengan cara yang menindas sebegini.

Saya ingin memberikan contoh mudah yang kelihatan remeh, misalnya kenaikan harga melampau spt di Mydin. Kalau dulu harga sepaket plastik pembungkus sampah cuma RM1.20ttp skrg harganya melambung kpd RM2.20 iaitu kenaikan sbyk lebih 50 %. Logikkah harga minyak naik 30 sen maka harga brg dinaikkan sampai RM1.00? Berapa ratus peratus keuntungan yang mahu dibolot? Begitu juga harga minyak masak dalam botol, juga telah naik sbyk 30 - 40 % tanpa munasabah langsung dan kerajaan gagal berbuat apa-apa terhadap kenaikan ini.. Malah hampir keseluruhan barang keperluan harian rakyat telah mengalami kenaikan harga yang melampau tanpa sebarang tindakan dari pihak kerajaan. Sebaliknya para menteri sentiasa berkokok meminta rakyat menerima kenaikan harga barang sebagai sesuatu yang perlu diterima. Wajarkah seorang penoreh getah atau petani yang mempunyai 8 orang anak yang hidupnya kais pagi makan pagi dipaksa menerima hakikat ini? Dan dalam masa yang sama para menteri tidur nyenyak dalam bunglow mewah mereka yang berpintu pagar berjuta ringgit dan di luar sana rakyat marhaen yang bergantung pencarian kepada pokok getah atau sumber kampung berhempas pulas bergelut dengan pacat, ular, harimau buas dan cuaca yang tidak menentu untuk mencari sesuap rezeki dan menyekolahkan anak-anak mereka ? Kemewahan melampau dengan melupakan penderitaan rakyat inilah membuat rakyat mahu mengajar para pemimpin UMNO apa yang sepatutnya mereka sedar.

Ketiadaan bonus bagi kakitangan kerajaan menambah kuatkan lagi kemarahan rakyat yg terpaksa menanggung beban harga barang yang melambung tinggi dan perbelanjaan persekolahan anak2 terpaksa dikorbankan. Hampir 70 % kakitangan kerajaan beralih arah kepada pembangkang dalam pilihanraya lepas ekoran kemarahan ini walaupun gaji mereka dinaikkan tetapi perlu diingat bahawa itu adalah hak mereka yang telah diabaikan selama 15 tahun dan bonus pula sesuatu yang perlu untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak bagi golongan berpendapatan kecil.

3. Kerajaan dlm masa yg sama dan para pemimpinnya mengambil sikap "lembu kenyang" dan selesa dgn andaian mrk buatlah apa shj pun maka rakyat tiada pilihan dan akan tetap memilih BN sbg kerajaan dlm pilihanraya. Sikap bodoh sombong seumpama kaldai oleh para pemimpin ini menyebabkan mrk bermaharajalela menipu rakyat dgn dalih lapuk dan menyakitkan hati, :"harga minyak kita antara yg termurah di rantau ini" dgn memperbodohkan tahap pemikiran rakyat walhal nilai duit ringgit Malaysia jauh lebih murah berbanding dgn nilai duit matawang negara yg dibuat perbandingan itu. Taktik lapuk dgn kerjasama media bebal ini menyebabkan rakyat berang dan menganggap kerajaan merasakan rakyat mempunyai tahap mentaliti spt rakyat di negara Somalia atau Papua New Guinea yg boleh diperbodoh dan diperkotak katikkan. Dan dlm masa yg sama pendapatan per kapita penduduk negara ini tidaklah setinggi mana berbanding pendapatan per kapita negara2 yg dibuat perbandingan itu. Amat menyakitkan hati bila pemimpin dgn segala kebejatan dan kesombongannya memandang rendah tahap IQ rakyat dgn hujah2 bodoh bahlol mereka.

4. Sikap hampir 99.99 % pemimpin UMNO/BN yg menjadikan pangkat dan jawatan mrk sebagai tiket untuk membolot dan menyapu khazanah negara dgn membalun segala kekayaan dlm pelbagai rupa dan bentuk membuatkan rakyat menjadi benci tak terkira. Sbg contoh, si Khairy menantu PM budak hingusan yg baru setahun jagung mengenal dunia tetiba menjadi jutawan segera dgn membaham saham ECM Libra & Khazanah Nasional atas tiket sbg menantu Perdana Menteri. Para pemimpin UMNo yg lain usah diceritakan lagi lah tahap pembolotan mereka. Rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa bukanlah sesuatu yg haram kpd pemimpin UMNO yg meletakkan maruah dan iman mereka ke dalam jamban. Manakala si Kamaluddin anak Perdana Menteri pula tiba-tiba menjadikan SCOMI sbg gergasi korporat yg luar biasa sehinggakan dalam masa 3 tahun Pak Lah menjadi PM, syarikat ini telah mempunyai berbilion aset dan membida pelbagai projek mega kerajaan seolah-olah negara ini bapak dia yg punya.

5. Sikap KJ si menantu yg berperwatakan spt hantu setan dlm mempengaruhi dan mencatur urusan pentadbiran negara dan menjadikan bapak mentuanya sbg papan catur menyebabkan tahap kemeluatan rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi. Bukan shj org UMNO yg benci malah tanggapan umum seluruh rakyat merasakan si budak mentah Khairy inilah yg sebenarnya mentadbir negara di belakang tabir manakala Paklah yg lembik dan bengap itu cuma menjadi "bapak suruhan" Khairy sahaja. Penafian demi penafian oleh Paklah gagal menyakinkan rakyat kerana org melihat Khariy sebagai penggerak kepimpinan Paklah dan mencampuri byk urusan pentadbiran termasuk ke atas Menteri2 Besar.

Adik Najib pula, tidak kurang hebatnya dalam membalun khazanah negara bilamana CEO bank terkemuka dipegang dan dikuasai oleh adik Najib sendiri si Nazir Razak. Penguasaan CEO muda ini dilihat sbg menumpang pengaruh abangnya dan ini membuatkan rakyat memandang bahawa para pemimpin UMNo hanya mahu membuncitkan perut para kroni mrk semata2 drp membantu rakyat yg susah. Pembabitan Najib dalam kes Altantuya dan membayar RM3 juta kpd ayah Altantuya untuk menutup mulutnya di mahkamah buat selama-lamanya turut mempengaruhi pola pemikiran rakyat terhadap kepimpinan Paklah – Najib. Seorang si lembik bengap manakala seorang lagi si pembunuh warga Monggolia. Kelemahan kepimpinan gandingan yg teruk ini membuatkan rakyat tiada pilihan melainkan memilih pembangkang untuk mengajar mereka berdua.

6.Kerajaan Paklah merupakan kerajaan yang tidak cekap dan sering mengalami krisis bekalan barangan keperluan. Mula-mula krisis gula. Berbulan-bulan rakyat dihantui kesukaran mendapatkan gula sehinggakan ada pepatah baru yang menyebut bahawa membeli dadah lebih senang diperolehi berbanding dengan ingin membeli gula. Menteri KPDNHEP ketika itu, Shafie apdal seolah-olah buntu idea bagaimana nak mengatasi lkrisis bekalan gula yang kian meruncing sehinggakan kaunter-kaunter supermarket terpaksa mencatu pembelian 2 kg gula sahaja untuk setiap keluarga.

Selepas krisis gula, timbul pula krisis bekalan tepung gandum. Rakyat marhaen yang menjadikan tepung gandum sebagai makanan alternatif ataupun membuat lempeng untuk ke sekolah terpaksa mengikat perut kerana kebanyakan kedai runcit ataupoun supermarket kehabisan stok tepung gandum. Berminggu-minggu juga rakyat terpaksa bersabar dengan krisis mendapatkan tepung gandum ini sebelum akhirnya ia dapat diatasi dengan “melepaskan” kenaikan harga kepada pembekal dan tepung dalam paket yang banyak dijual di pasaran kini bukan lagi barang kawalan. Cuma tepung timbang sekilo RM1.35 yang amat payah dijumpai di pasaran kini itu sahaja yang masih dijadikan barang kawalan. Kalau rakyat dah susah nak jumpa tepung timbang jenis ini buat apa lagi dijadikan barang kawalan walhal yang mudah diperolehi kini dijual dengan harga RM2.80 se bungkus ( 1 kg). Apa rasionalnya mengawal benda yang sukar diperolehi sedangkan yang mudah dibeli tidak lagi dijadikan barang kawalan?

Kemudian selepas selesai krisis tepung gandum, berlaku pula krisis bekalan minyak masak. Haru biru rakyat marhaen yang bergantung kepada minyak masak murah ini nak mendapatkan bekalan minyak masak buat menggoreng cucur bilis untuk anak-anak ke sekolah. Rakyat yang berniaga di pasar malam pula terpaksa berhenti menjual makanan bergoreng kerana tiada minyak masak untuk menggoreng. Adik saya yang tidak dapat menorerh getah kerana musim hujan juga tidak dapat menjual donat yang dibuat untuk perbelanjaan dapurnya kerana ketiadaan bekalan minyak masak.

Ini semua berlaku di zaman pemerintahan Paklah yang mempunyai "pakar pemikir dan strategis ulung" lepasan Oxford yang tidak pernah pun berlaku di zaman 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir. Jadi rakyat menilai tahap kecerdikan Paklah yang mempunyai menantu lepasan Oxford mentadbir negara berbanding Dr Mahathir yang cuma lepasan Universiti Malaya Singapura.

Apa pun kegagalan kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan membendung kenaikan harga barang ditambah kenyataan demi kenyataan para pemimpin yg memperbodohkan IQ rakyat menjadi sebab kemarahan mereka. Hari ini selepas kalah teruk dlm pilihanraya pun kerajaan masih gagal meyakinkan rakyat utk menjaga kesejahteraan mrk dgn membiarkan kenaikan harga barang spt tiada kesudahan. Apakah jika menurunkan harga minyak kpd harga asal sebelum kenaikan 30 sen dulu maka Petronas akan bangkrap walhal Petronas telah mengaut keuntungan lebih RM80 bilion apabila harga petrol dinaikkan 30 sen dulu. Bayangkan utk memenuhi tangki minyak motor kapcai buruk rakyat marhaen kini menelan duit RM10 baru penuh tangki berbanding dulu cuma RM5.00, maka tidakkah kerajaan melihat bhw kenaikan minyak 30 sen itu menyebabkan sesetengah rakyat berpendapatan kecil bertambah papa?

Jika Paklah itu seorang PM yg cerdik, apabila beliau mendengar semua org mengata kpd menantunya atau anaknya, sudah tentu beliau akan mengarahkan anak menantunya tidak terbabit dalam perkara2 yg boleh menimbulkan kontroversi tetapi sikap bodoh bengap Paklah yang tidak faham-faham dengan kebencian rakyat atau ahli UMNo terhadap si budak mentah itu membuatkan Paklah lebih rela memekakkan telinga macam badak sumbu sedang berkubang dalam paya lumpur.

Kini tahap kebodohan Paklah mencapai kemuncaknya apabila dia enggan meletak jawatan walaupun semua pihak memintanya berbuat demikian. Atas dasar menjaga kepentingan anak menantu samada dalam soal politik atau perniagaan, beliau berpura-pura kononnya tidak mahu meletak jawatan dalam keadaan parti lemah dan belum dipulihkan. Tidakkah beliau sedar bahawa batang tubuhnya itu sendiri yang menjadi liability kepada negara? Kalau dah tak pandai mentadbir, lepaskanlah sahaja jawatan itu kepada yang lebih layak untuk mengambilalihnya. Meskipun Najib bukanlah pilihan pengganti yang baik kerana pelbagai skandal dan pembabitannya dalam kes Altantuya, namun sekurang-kurangnya buat masa ini beliau boleh dikatakan baik sedikit berbanding Paklah yg bengap itu dalam urusan pentadbiran negara. Apapun Tengku Razaleigh Hamzah merupakan orang yang paling berwibawa untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini demi menjaga kepentingan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya. Saya bukanlah penyokong Ku Li tetapi sebagai orang yang telah lama menjadi pemerhati politik sejak awal tahun 1970an lagi, saya melihat hanya Ku Li yang mampu membawa negara ini berada di landasan yang betul semula dari bencana kepincangan pemerintahan yang dibawa oleh Paklah.

Cucu Datuk Bahaman

Tiada ulasan: