Oleh Din Tualang
Alahai Ahmad Shabery Cheek , Menteri Penerangan yang cuba tunjuk sikap keterbukaan dengan mahu menyiarkan siaran langsung setengah jam soal jawab Parlimen tapi kini mula menunjukkan belang bahawa dia sama sahaja dengan ahli-ahli politik Umno lain yang bebal dan pekauman itu.
Beliau mengarahkan Radio Selangor FM keluar daripada Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah milik kerajaan Selangor, sambil menuduh MB Tan Sri Khalid Ibrahim kemaruk kuasa dan terus membuat fitnah bahawa kerajaan campuran itu "menggunakan RM100 juta untuk babi tetapi halau agensi kerajaan pusat dari bangunan SUK itu." Alahai Sabry, janganlah buat bodoh pula, tengoklah apa RTM buat di Kelantan; apa pernah kerajaan PAS Kelantan diberi ruang untuk menyampaikan maklumat dan penjelasan kepada rakyat selama 18 tahun memerintah? Usahlah berbelit kata untuk menggambarkan bahawa Khalid kemaruk kuasa atau kamu itu yang tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa RTM adalah terbina atas wang pembayar cukai dan tiak harus diguna sebagai suara Umno yang sedang runtuh perlahan-lahan ....
Semua tahu Selangor FM, begitu juga rancangan radio untuk negeri-negeri lain, semuanya diperkudakan demi kepentingan politik Umno. Janganlah cuba menyelindungkan agenda busuk dan karut RTM sehingga kepada negeri-negeri yang dikuasai parti bukan BN, langsung pemimpin negerinya tidak diberi peluang untuk bercakap secara langsung dengan rakyat yang telah memilih mereka dalam pilihan raya.
Lagipun Shabery, janganlah mudah sangat bercakap bohong, awak itu menteri baru, tapi buat perangai macam Zam, bekas menteri penerangan. Dan janganlah cuba main sentimen murahan dengan kaitkan projek penternakan moden babi di Sepang itu.
Bila pula kerajaan negeri keluarkan RM100 juta untuk babi-babi itu? Tolonglah Shabery, janganlah rendahkan martabat awak sendiri. Tiada dana awam yang terlibat dalam projek yang sudah diluluskan oleh kerajaan BN dahulu pimpinan Khir Toyo itu. Udah-udahlah Shabery, sentimen perkauman itu isu lapuk, kelak tikam balik belakang kamu dan Umno sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan