Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 21 April 2008

GENAP 50 BN/PERIKATAN MEMERINTAH - BERMULA ERA BARU

OLEH : INSAN BERGUNA

Menjelang 31 Ogos 2008, maka genaplah kerajaan Perikatan/BN memerintah negara yang telah merdeka 50 tahun lalu. Dengan genapnya setengah abad, kini sampai masa untuk negera mula diperintah oleh pakatan pelbagai parti yang bakal mengisi dan melaksanakan aspirasi rakyat yang mengharapkan pembaharuan.


Rasa IB, samada BN merayakan hari kemerdekaan kali terakhir sebelum diambil alih oleh Pakatan Rakyat atau sambutan Hari Merdeka kali ini bakal raikan di bawah pemerintahan PR.


Tidak lama masanya. Lebih-lebih mungkin 4-5 bulan lagi. Jika tidak, Hari Merdeka kali ini akan disambut di bawah kerajaan baru. Jika ini berlaku, hayat BN untuk kekal memerintah hanya tinggal kurang 4 bulan lagi. Apabila BN tidak lagi berkuasa, terlalu amat sukarlah untuk BN/UMNO untuk kembali memerintah. (Sebabnya di sini - "
Now or Never" Bagi Anwar Ibrahim)


Begitulah kebanyakan ramalan. Perikatan pelbagai parti pra-merdeka (dan diubahsuai pada awal 1970an selepas dikejutkan dengan peristiwa gelap 13 Mei) mungkin hanya sesuai untuk zaman membangunkan negara selepas Merdeka. Untuk terus membangun dan menghadapi globalisasi, mungkin asas perikatan parti pra-merdeka sudah tidak lagi relevan.


Apakah kerana harapan baru rakyat sudah tidak lagi sesuai dengan cara berfikir orang-orang dulu yang berkorban membentuk asas negara yang baru merdeka?


Mungkin bukan itu sebabnya. Mungkin mereka yang terkemudian yang mewarisi tampuk pemerintahan dengan mudah sudah tidak sedarkan diri lagi. Merekalah yang sebenarnya sudah lari dari asas perjuangan dulu. Mereka yang sebenarnya telah menghancurkan asas perjuangan orang-orang dulu.


Begitulah juga Dasar Ekonomi Baru dibina atas asas yang murni. Cuma mereka yang melaksanakannya yang sudah tidak lagi dapat menjiwai apa yang telah dimaksudkan oleh pengubal DEB.

Tiada ulasan: