Oleh : Lang Buana
Kadang-kala saya terfikir juga dengan corak penulisan saya yang sejak akhir-akhir menceritakan perihal Ketua Menteri Melaka yang teramat disayangi oleh penyokong-penyokong UMNO. Bukan mahu memberikan publisiti percuma tetapi sikap beliau yang semakin saya kurang senangi. Teringat semasa ceramah Tuan Guru Haji Hadi di HAMAS, Jasin suatu ketika dahulu dan sebelahnya pula si DAR pula berceramah walaupun semua mengakui bahawa DAR sememangnya tak pandai ceramah. Tetapi jika suka menganggu ceramah orang serah sahaja pada DAR, dia adalah antara manusia yang suka merosak majlis orang.
Terkini dari DAR, beliau banyak membuat ulasan berkenaan dengan isu blogger dan meyakini bahawa kekuatan blogger menguasai minda masyarakat di Malaysia. Tanpa disangka, DAR juga mengikut jejak langkah Khir Toyo untuk menjadi blogger. Bermula dengan ulasan-ulasan yang memperlekehkan kredibiliti negeri yang dibawah Pakatan rakyat dan seterusnya ke isu babi di Selangor. Ulasan beliau memang tidak menampakkan kematangan seorang Ketua Menteri. Ulasan di dalam blog beliau pun seperti JKKK kampung yang hanya layak membincangkan isu-isu politik lapuk di kedai kopi.
Melalui ulasan berkenaan isu babilah si DAR di serang teruk pada setiap penjuru (kalau dalam perang dah hancur lunyai tubuh si DAR ) tanpa dapat membuat serang balas. kalau perang di Iraq pun ada juga serang balas, tapi si DAR terpaku apabila rata-rata pengunjung melemparkan komen yang sinis kepada beliau sehingga menyebabkan beliau terpaksa 'disable'kan ruangan komen kepada para pengunjung.
Selepas itu pula, artikel beliau berkenaan isu babi di Selangor sudah dipadamkan. Mungkin tak tahan dengan komen-komen yang 'profesional' dari kalangan pengunjung. Alahai DAR, bawa-bawa berubah. Jika beginilah cara kamu menangani masalah tak mustahil PRU 13 kelak Melaka bakal jatuh ditangan pembangkang. Seperkara lagi, pastikan diri tu dipenuhi dengan ilmu pengetahuan jika mahu berperang dengan kami di alam siber..Ingat majoriti blogger dikalangan Pakatan Rakyat menulis kerana keikhlasan hati untuk berkarya dan memperjuangkan nasib Masyarakat di Malaysia bukannya untuk dibayar seperti puak-puak UMNO yang majoritinya mata duitan !!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan