Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 16 April 2008

"KAKITANGAN AWAM JANGAN SIBUK HAL POLITIK, ITU KERJA KAMI" ABDULLAH

Keras juga kenyataan Dolah untuk kali ini. Yela, sebelum ni mana dia mau bersuara sampai macam tu..dari kenyataan beliau semakin jelas menunjukkan yang beliau benar-benar berada di dalam situasi yang tertekan...Al maklumlah, tsunami yang melanda PRU baru-baru ini sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepada beliau..tambahan TDM makin menekan-nekan beliau..lagilah terseksa jiwa Pak Lah...tak dapat lah dia nak tidur lena lagi....

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu para pegawai dan kakitangan awam menyerahkan urusan berkaitan politik kepada ahli-ahli politik untuk menyelesaikannya.

Tegas Perdana Menteri, ini kerana penjawat awam perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan dasar yang dirancang termasuk arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

"Soal politik biar orang politik selesaikan. Peranan pegawai kerajaan adalah melaksanakan apa juga tugas dan tanggungjawab yang diberikan serta arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa," katanya yang juga Menteri Kewangan pada Perhimpunan Bulanan kementerian berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan timbalannya, Datuk Kong Cho Ha.

Tiada ulasan: