Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 16 April 2008

SEPANDAI-PANDAI BABI MELOMPAT !

(Gambar Malaysiakini: Karim Mansor menunjukkan isyarat 'bagus' di sebelah kandang babi di Jerman)

Oleh: jingoza

Kebelakangan ini kisah makhluk yang haram dimakan orang Islam jadi topik hangat,yang pada mula cuba diekploitasikan Umno/BN untuk memburuk-burukkan kerajaan PR Selangor tiba-tiba terbongkar segala kebejatan dan penipuan fakta bila ahli seangkatan Barisan Nasional mendedahkan kisah sebenar.

Di sebalik kelicikkan Khir Toyo memutarbelitkan fakta dengan berbagai helah memalukan diri sendiri bila kisah sebenar terdedah, tidak ada pula tuduhan pada pembangkang seperti dulu yang selalu saja Khir lemparkan sebagai fitnah ! Kini '
rakan seperjuangan' dalam Barisan Nasional mengisahkan kisah benar,tidak ada lagi dalil atau apasaja hujah yang boleh mengubah fakta tersebut,munafiknya orang seperti bekas SETPOL Khir bernama Karim Mansor dengan 'syarikat joint-venture'nya juga ketua kampung Ladang Tumbuk iaitu Mohd Tarmudi Tushiran yang sama-sama mengekor rombongan ke Jerman untuk mengkaji teknologi yang digunakan menternak babi disana ,tapi ketua kampung yang Umno ini jugalah yang mengetuai para demonstrasi di depan Bangunan SUK Selangor yang kini menentang ,konon kerajaan PR punya angkara, dimanakah akhlak dan pekerti manusia seperti ini?

Kini banyak kisah kebobrokkan para pemimpin Umno/BN terserlah yang mana semakin mereka mahu sembunyikan semakin terbongkar segala onar & nanah ! Satu persatu kisah khianat mereka terdedah hanya menunjukkan pada rakyat marhaen semua bahawa inikah pemimpin-pemimpin yang ingin membela Melayu dan Islam , janji-janji serta lafaz mereka konon mempertahankan Melayu & Islam,hak-hak dan apasaja semuanya pembohongan belaka,seolah-olah Melayu ini mudah lupa ibarat kata mamak Madey anak Kutty ,mungkin Melayu Umno mudah lupa tapi Melayu kini bukan yang senang mereka perbodohkan ,jelas 'ketidaklupaan' Melayu dan rakyat lain telah mengakibatkan hanyutnya 5 buah negeri dibawa arus deras singgah pada Pakatan Rakyat yang dulunya dibawah kerajaan Umno/BN !

Ibarat kata orang tua-tua sepandai pandai (ditukar supaya sesuai) babi melompat akhirnya ketanah juga jatuhnya ! Tunggulah banyak lagi kisah-kisah benar dan khianat dari pemimpin-pemimpin Umno/BN akan terbongkar yang mana kita perlu bersyukur dan redha pada Allah SWT atas qada dan qadar Nya,wassalam

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Tiada ulasan: