Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 6 April 2008

MAMPUKAH BN BERDEPAN 500 000 BLOG DI MALAYSIA ??

Oleh Tarmizi Mohd Jam

500,000 laman blog? Wow begitu banyak dan tidak terduga selama ini keupayaan rakyat Malaysia membangunkan laman-laman blog hasil kempen-kempen tergar kerajaan terhadap dunia teknologi maklumat (IT).

SEDAR atau tidak, tetapi Malaysia diakui adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Ini cukup mengkagumkan saya. Selama ini, maklumat demikian tidak teredar kepada rakyat dan barangkali kepada kerajaan BN. Lamn-laman blog hanya menjadi bahan momokan sesiapa sahaja termasuk pengamal media arus perdana.

Kini, Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan. Apapun tujuannya, laman-laman blog berbaju politik sudah tentu mengusai pasaran laman blog untuk ditatapi setiap hari rakyat Malaysia.

Jika tidak, tiadalah puja dan puji terhadap bloggers selepas BN kecundang di lima negeri dan hampir tewas di peringkat persekutuan.

Sana sini hari ini, blogger diberi "tabik hormat" dan diiktiraf sumbangannya dalam mempengaruhi rakyat menumbangkan calon-calon BN.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

"Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog," kata Abu Hassan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 1 Mac lalu.

Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Hassan mendakwa kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.

Pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Sementara itu Johan Jaafar mengakui sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.

Sejak BN tumbang pada PRU 12 lalu, tumpuan pengamal dan pengajar media di ITPA dan ITPS kini menyorot kepada peranan blog dan bloggers dalam arus perdana politik di negara ini.

Pengiktirafan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan, Ismail Yaakob serta Perdana Menteri sendiri, anak Badawi terhadap blog dan bloggers telah membuka lebih banyak mata rakyat terhadap apa yang dikatakan blog.

Kini, barangkali, blog dan laman-laman web menjadi akses utama rakyat dalam mencari berita dan maklumat terkini khususnya berkiatan politik Malaysia.

Sudah tentulah, pengiktirafan dan pujian dari pelbagai pihak terhadap bloggers dan blog akan menarik lebih ramai pengunjung setiap hari kepada blog-blog pilihan mereka.

Dan ini, akan meningkatkan rasa tanggungjawab bloggers dalam menyediakan maklumat dan mengupdate blog mereka setiap hari, sekalipun tiada sesenpun wang masuk ke kantung para bloggers ini.

Tiada ulasan: