Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 6 April 2008

MELAKA SELEPAS TSUNAMI......

Oleh : abuya

Satu – satunya negeri yang dikira selamat dari tsunami 8 mac lalu ialah negeri tumpah darahku ini, Melaka Bandaraya bersejarah. Namun tempiasnya tetap terasa dan lebih dirasai lagi oleh kerajaan pimpinan Datuk Ali Rustam (DAR). Sebenarnya limpahan ombak tsunami itu telah melanda juga dikawasan non muslim. Cuma dikawasan melayu agak kukuh kerana rumah mereka dibuat dari serpihan 'kapal layau'.

Aku kira PAS Melaka telah pun melakukan yang semampunya, calon yang dipertaruhkan juga jauh lebih hebat dari parti dacing tu. Kesimpulan ringkas yang dapat aku berikan ialah oarng melayu di melaka ni masih takut dan ditakut takutkan. Darah hang Jebat sebenarnya tidak mengalir ditubuh melayu melaka jauh lagi roh perjuangan islam yang dibawa oleh rasul terdahulu.

Namun begitu harapan dan sinar tetap ada dihadapan. Mudah mudahan kesan dari keruntuhan kerajaan umno dibeberapa negeri memberi sedikit semangat dan membuka mata dan hati mereka untuk membuat perubahan dimasa depan.

Selepas tsunami ni ada beberapa perkara yang aku lihat dan ingin kongsikan bersama pembaca untuk difikirkan atau sekadar pengetahuan.

Pertama Walaupun mereka menang dan membentuk kerajaan dimelaka namun suasananya tidaklah begitu ceria dan semangat seperti sebelum ini. Majlis kesyukuran dan meraikan petugas Pas lebih hebat dari mereka. Di setengah tempat tak ada langsung pun majlis disambut. Dikedai kopi ahli umno karat 'macam ayam berak kapur' mungkin terperanjat beruk dengan keputusan dinegeri lain.....padan muka

Kedua, seperti yang kita semua dah maklum, ketua menteri DAR dah mula terasa penangan berita internet. Sebab itu dia dah ada blog sekarang (boleh cari sendiri- aku bukan kempen. Apapun aku nak ucapkan tahniah kepada DAR. Tak kiralah samada DAR buat sendiri atau upah puteri umno buat kerja tapi jangan pulak DAR kerjakan puteri umno tu.....(melaka bukan besau nau)

Dulu DAR jugak kata jangan terpengaruh dengan berita kat internet, insyaallah aku takkan terpengaruh bila membaca ulasan2 yang DAR berikan dalam blog tu. Oklah sekurang kurangnya kita berlapang dada, mengkritik dan dikritik.. Kalau sebelum ni aku buat ceramah DAR pun buat ceramah kat sebelah (walaupun tak pandai ceramah ), kemudian suruh polis kacau ceramah aku lak , waras le sikit DAR , bukankah kapal umno dah nak karam, ingat sikit.

Dalam pada tu, YB Sg Rambai yang baru, menyarankan golongan muda agar membaca akhbar arus perdana yang menurut beliau beritanya tepat lagi sahih dan katanya lagi jangan terpengaruh dengan berita internet....punya lah haru, kenapalah DAR pilih budak gabun tu..

Ketiga, aku dimaklumkan (oleh orang umno) DAR telah pun melantik 'spy' di jabatan dan majlis tempatan untuk memantau pekerja yang pro pakatan rakyat. Khabarnya elaun RM 1000 hingga RM1500, tinggi tu. (he. He, ustaz boleh le tukau proton baru ). Ingatan !!!! pegawai majlis jaga-jaga dengan 'penguatkuasa tu' dan guru sekolah anda mungkin diperhatikan oleh kerani cabuk tu.

Keempat, yang paling aku tak faham lepas jumaat buat solat hajat mintak negara aman konon. Kacau bilau ke? Perang ke Malaysia ni? .Dalam manifesto BN, SELAMAT, AMAN, MAKMUR lepas kalah dah tak aman pulak......punya le lawak DAR. Satu perkara lagi, dalam khutbah jumaat baru ni didoakan juga TYT (si khalil lah tu) sebaris namanya dengan Agong. Nasiblah atas masjid, kalau kat luar harus aku dah muntah. Ustaz tolonglah aku!!!


Akhirnya aku mohon maaf pada semua atas apa yang aku tuliskan, Cuma satu persolan buat DAR, kalau sebelum ni DAR ada mengharamkan staf kerajaan melaka melawat kelantan adakah selepas tsunami Selangor,Perak Kedah dan Pulau Pinang juga masuk senarai pengharaman.?

Tiada ulasan: