Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 18 April 2008

MELAKA KINI : KHUTBAH JUMAAT, MERAPU DAN MENGAMPU

OLEH : USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK

1.Saya rasa terkejut bercampur hairan bila dengar khutbah jumaat hari ini, sekelian makmun seperti dihiburkan dengan satu berita bahawa kerajaan negeri melaka pimpinan blogger ali rustam akan membayar RM200 kepada waris jika berlaku kematian dinegeri melaka.

Komen,
Pertama, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri melaka atas prihatinnya pada rakyat. Namun begitu saya harap kerajaan negeri melaka dapat segera mewartakan secara rasmi dan bukan nya cakap kosong sekadar menyedapkan telinga mendengar

Kedua , saya juga dimaklumkan bahawa kaedah pembayaran atau penerima yang layak masih belum jelas prosedurnya. Mungkin juga kena tunjuk atau isi borang umno dulu kot????

Ketiga, saya rasa tindakan ini agak terlewat dari apa yang dilakukan oleh kerajaan kelantan. Untuk pengetahuan blogger ali, di kelantan setiap kali kematian mendapat RM2000 tanpa mengira ideologi politik .Tak kiralah samada yang berkarat umno atau yang berkokok memaki Pas, semua dapat. Ini lebih telus dan mesra rakyat.

2.Disebut juga bahawa kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran peringkat sijil (RM200), diploma (RM300) dan ijazah (RM400)

Komen,
Ini satu lagi lawak dan gula – gula buatan umno yang nazak. Saya tak tahulah samada anak orang umno dapat atau tidak, yang jelas kawan dan murid-murid saya kalau nak mintak pinjaman hatta duit zakat sekali pun kena melutut dulu, inikan free..ye ke????

3.Selepas PRU 12 ni saya nampak khutbah jumaat dimelaka dah mula kena doakan TYT ( si khalil yang pernah didakwa rompak balak di pahang) dalam bahasa melayu pulak tu. Sebelum ini hanya doa untuk YDT Agong saja kerana negeri tak ada sultan.

Komen,
Pertama, JAIM nak buang masa jemaah, rukun khutbah yang wajib doa untuk sekelian muslimin saja, kalau le TYT tu muslimin termasuk le sekali. Tetapi mengampupunya pasal kena sebut juga

Kedua, berdoa agar Malaysia aman dari sebarang huru hara. Sebelum PRU 12 tak pernah doa macam ni. Inilah jarum halus yang sedang di cucuk oleh umno melalui mimbar masjid setelah kalah dan ditolak oleh majority melayu.

Nota, yang buat kacau dan demo sana sini tu melayu umno yang tak boleh menerima kekalahan . Dah kalah tu duduk je lah kat masjid , beramal. Itu lebih baik.

Tiada ulasan: