Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 14 April 2008

TAK PAYAH JUMPA....LETAK JAWATAN SAHAJA...

OLEH : HANAFIAH MAN

Tidak perlu jumpa tapi letak sahaja jawatan… itulah yang dapat disimpulkan daripada kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengenai cadangan supaya ada usaha diambil bagi mempertemukan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rangka memulihkan semula UMNO ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu.

Menurut Dr. Mahathir, beliau telah menyuarakan pandangannya dan semua orang sudah mengetahui pandangan beliau dan melihat tidak ada keperluan untuk diadakan pertemuan tersebut.

"Tak ada apa (sebab nak berjumpa) saya dah kata… benda saya nak kata semua orang dah tahu. Ini bukan soal peribadi antara saya dengan dia ini soal dasar parti.

"Saya dah cakap… dah jumpa dah pun… dulu pun jumpa saja...tak payahlah banyak-banyak sandiwara," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada majlis ceramah menegnai krisis kepimpinan Melayu pasca pilihanraya umum ke-12 anjuran 30 Cawangan UMNO dalam Bahagian Hulu Langat di Kajang petang Sabtu.

Sebaliknya Dr. Mahathir menegaskan, pemulihan parti hanya boleh dicapai dengan Abdullah membuat keputusan meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk BN pada pilihan raya dan semakin banyaknya desakan daripada peringkat akar umbi agar beliau berbuat demikian.

Mengulas mengenai cadangan UMNO Johor agar ada pelan peralihan kuasa antara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Run Razak, beliau berkata jika perkara tersebut adalah benar ia sesuatu yang baik.

Jelasnya, kemungkinan UMNO untuk pulih lebih cerah jika peralihan tersebut berlaku berbanding jika terus mengekalkan kepimpinan yang ada sekarang.

"Untuk kebaikan dia sendiri...turunlah sekarang," ujar beliau.

"Tetapi jika beliau menunggu sehingga Perhimpunan Agung UMNO, kita tidak tahu apa yang orang ini (perwakilan) akan katakan,"tambahnya.

Menurutnya, peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan timbalannya perlu berjalan dengan licin seperti yang berlaku semasa beliau menyerahkan jawatan kepada Abdullah.

"Bila kebanyakan daripada ahli hendak kepada peralihan dia mesti respon kepada desakan ini dan buat dengan cara baik kalau tidak nanti akan ada mesyuarat untuk pinda perlembagaan, undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, semua ini bagi imej dia rosak juga," jelasnya.

Ditanya adakah beliau akan memberhentikan kritikannya terhadap parti sekiranya Abdullah berundur, Dr. Mahathir berkata, beliau akan terus bersuara sekiranya ada perkara-perkara yang dirasakannya tidak betul berlaku dalam parti.

Menurut beliau, usaha untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan pilihan raya akan datang perlu diadakan dalam tempoh lima tahun dan tempoh itu bukanlah lama sangat.

Dengan itu katanya, perubahan perlu dibuat sekarang bagi menarik semula sokongan rakyat khususnya ahli-ahli UMNO yang mengundi pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu kepada UMNO semula.

"Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk tarik balik orang parti kita yang telah undi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Penang dan juga Selangor, masa itu kita tidak dapat balik dah, sebab itu kita perlu bertindak sekarang," katanya.

Ditanya adakah beliau mencadangkan ahli-ahli Parlimen BN membuat undi tidak percaya terhadap Abdullah di Parlimen, beliau berkata, beliau tidak menyarankan perkara demikian tetapi menjelaskan, jika Abdullah masih tidak mahu meletakkan jawatan, usul tidak percaya tersebut adalah merupakan salah satu pilihan yang boleh diambil.

Kepada satu soalan adakah beliau menyokong Najib untuk menggantikan Abdullah, beliau berkata ia bukan soal sokong atau tidak tetapi mengikut tradisi parti, sekiranya Presiden melepaskan jawatan timbalannya akan mengambil alih.

Sementara itu semasa sesi soal jawab dalam ceramahnya, Dr. Mahathir ditanya adakah beliau menyesal memilih Abdullah sebagai pengganti, beliau berkata : "Waktu ini saya kesallah".

Kepada soalan mengenai pandangannya terhadap kewibawaan barisan kabinet, beliau berkata secara sinis menyatakan "Ada yang tidak bertanding pada pilihan raya semasa kempen pilihan raya lalu telah berkempen untuk calon PAS di Parlimen Baling tetapi dilantik pula sebagai Timbalan Menteri".

Beliau dipercayai merujuk kepada desas desus mengenai seorang Timbalan Menteri

Tiada ulasan: