Oleh: Ibnu Hasyim
MASAALAH umat Melayu berpunca dari sikap UMNO yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam amalan oleh penjajah British. UMNO menerima kuasa dengan menambah lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf, kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu. Kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
"Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan UMNO. Malah orang Melayu sehingga beranggapan UMNOlah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka." Tegas beliau. (Sila lihat HARAKAH 4 Mei). UMNOlah, sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.
"UMNOlah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah," kata beliau lagi.
Ustaz Idris Ahmad, seorang lagi tokoh PAS menggariskan 11 sebab sebagai bukti menunjukkan pengkhianatan UMNO dalam merosakkan orang Melayu, contohnya, lihat DEB atau Dasar Ekonomi Baru.
Pertama: Kenapa setelah 50 tahun UMNO berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri (PM) dan menteri kabinet majoriti adalah orang UMNO. Begitu juga dengan Menteri Besar (MB)nya adalah orang UMNO.
Kedua: Sejak Rancangan Malaysia pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM 1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Kemanakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.
Ketiga: Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato' Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau UMNO, DAP atau UMNO, PKR atau UMNO.
Keempat: Bukankah wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato' yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan? Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin UMNO yang diamanahkan wang PPRT bebas kesana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi?
Kelima: Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.
Keenam: Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairi Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libera yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu? Apakah bapa dia salah seorang hartawan? Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10 ribu sebulan, Khairi baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB
Ketujuh: Kemana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?
Kelapan: Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP .Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar UMNO. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merudum daripada takhta.
Kesembilan: Adakah Patrik Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu? Sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu, tidak ada lagi yang miskin? Adakah ini manusia yang UMNO bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB?
Kesepuluh: Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65,156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan Pas Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin UMNO yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato' Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi.
Kesebelas: Kalau benar UMNO mendakwa mereka tunggk DEB kenapa UMNO tidak bela orang Melayu di negeri Pulau Pinang satu ketika dahulu? Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS sebangsa dengan pemimpin UMNO yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang Melayu di negara ini?
Di Kota Bharu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembentukan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) di Johor adalah satu tanda bahawa UMNO gagal dalam mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam. "UMNO sudah gagal jaga Melayu, tidak boleh diharap....agama gagal, Melayu pun tak jadi, sehingga terpaksa mengadakan kongres,"
Jadi tidak timbul soal PAS sudah lari dari perjuangan Islamnya. Yang lari dari perjuangan adalah parti-parti yang perjuangkan bangsa Melayu. Mereka sudah jadi pengkhianat dan makhluk perosak bangsa. Apa lagi bila orang bukan Melayu sudah mula menunjukkan 'kuasa' dalam pilihan raya baru-baru ini!
sumber : http://ibnuhasyim.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan