Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 8 Mei 2008

:MELAYU" YANG BODOH ??

Oleh Mat Keri

Aku melepak dengan member lama semalam, minum2 sambil buka cerita2 silam. Kawan masa kat unibesti dulu. Kami dua memang hulu dan hilir dalam politik. Dia warna merah pekat, aku warna pelangi paddle pop. Tapi jumpak semalam bukan nak sembang politik, tapi sekadar meraikan dia singgah kl untuk urusan kerja.

Dalam seronok dok begelak tentang kelaku2 tak senonoh kat unibesti dulu, tiba2 dia bebunyik. "Hang tau pasaipa pembangkang boleh menang haritu?". Aku sengih. Tengok jam dah pukoi sepuloh, ni kalau layan mau sampai pukoi tiga. Esok nak gheja. Pas keluaq kandang sampai pukoi doblaih saja.

"Banyak sebab kot…", aku jawab melayan. "Memang la byk sebab. Tapi sebab utama dia hang tau pasaipa?". Jenih laguni yang haku malaih ni. Jenih suka tanya suruh orang jawab, paihtu kata salah dan bagi fakta dia.

"Aku tataula.. Seipa?", aku kenai dia lama dah. Biaq dia tunjuk pandai.

"Sebab melayu bodoh. Melayu memang senang dibodohkan. Cepat kena pebodo!", dia mula bentangkan fakta. Aku dengaq sambil mengangguk.

Dan dia pun mula becakap pasai melayu ni mudah kena tipu. Mudah kena bodoh. Pembangkang buat cerita apa pun depa pecaya. Semua cerita buhong depa telan bulat2. Tamau dengaq apa yang kerajaan kata. Paihtu membabi buta tolak kerajaan sebab dah dibodohkan oleh pembangkang.

Aku sedut bali suam pelan2. Sambil mata dok melilau sekeliling tengok suasana malam. Kawan aku dok besemangat bercerita lagi. Sekali sekala diselang seli dengan "betoi dak? Betoi dak?". Aku cuma sengih setiap kali dia kata gutu.

Pendek kata semalam memang habih satu tanah melayu ni dibodohkan. Semua melayu yang sokong pembangkang jatuh kategori tak cerdik. Yang sokong dap teruih masuk kategori bangang. Aku pun terpikir aku ni termasuk dalam kategori mana satu? Semua bodoh. Kalau boleh dibuat kesimpulan semalam, dia dan kompoak dia saja yang cerdik. Yang pandai. Yang lain semua tabulih pakai.

Aku tengok jam. Kena balik masuk kandang nih. "Oklah weh. Hang balik bila?", aku tanya bagi hint. Mungkin dia sedaq aku dah bagi hint dan terasa lewat, kami pun pelan2 bangun beredar. Dia jalan kaki balik hotel kat seberang jalan. Aku start kereta.

Masa balik aku dok sengih sensorang. Aku teringat dua taun dulu jumpak dia dan besembang, topik yang sama jugak dia bawak. Melayu bodoh dan bangang sokong pak lah yang lemah. Melayu ni punya bodoh kalau letak kambing pakai songkok pun depa pangkah. Melayu ni tak reti pikiaq dan tak reti berubah! Dan selepas partinya kalah, sekali lagi melayu dibodohkan. Perkataan yang sama digunakan berulang2. Tiba2 aku geleng kepala sorang2.

Aku tataula apa masalah orang ameno ni. Pangkah depa pun dikatakan bodoh, tak pangkah depa pun dikatakan bodoh. Yang bijak, depa saja ka? Semua perhimpunan dok salahkan pengundi melayu yang tak bijak. Yang bangang dan yang bebal. Dulu pun macam tu jugak, cuma nada berlainan sebab letak sapa pun boleh menang dek kerana kebodohan melayu. Sekarang ni letak sapa pun boleh kalah sebab kebodohan melayu jugak?

Aku tatau pasaipa, tapi aku rasa melayu secara totalnya dah benci dan meluat dilabel bodoh oleh orang2 ameno. Bukan setakat bodoh; label malas, label bengap, label hasad dengki, label bengong dan macam2 label lagi disuapkan oleh ameno untuk ditelan oleh orang melayu. Label2 yang menjadikan melayu tu sendiri tiada harapan dan harus terus menyokong ameno untuk membijakkan dan merajinkan mereka di masa depan.

Dan pru yang lepas mungkin telah membuktikan bahawa melayu telah muak dan mual dengan strategi ameno itu. Melayu dah boleh berfikir dan menghantar isyarat jelas kepada ameno untuk merubah strategi perjuangan mereka. Melayu sudah bosan dilabel sebagai bodoh dan malas selama 50 tahun. Melayu sudah mula berfikir jika selama 50 tahun mereka masih lagi bodoh dan malas, adakah kerana silap bangsa melayu itu sendiri ataupun pemimpin mereka?

Pru 12 memberi tamparan hebat kepada ameno. Tetapi sayang, ameno masih belum mampu melihat realiti sebenar bahawa melayu sudah bijak dan rajin. Mereka rajin untuk bersama bangsa lain membangunkan negara, dan mereka bijak mencari jawapan ke atas setiap perkara yang ditimbulkan. Yang tinggal di dalam ameno sekarang adalah melayu yang terus dilabel bodoh dan malas oleh pemimpin mereka. Mereka inilah yang terus menjadikan pemimpin mereka kelihatan bijak dan rajin, berkarisma dan bersemangat wira. Sedang melayu lain yang telah meninggalkan mereka melihat sambil menggeleng2kan kepala.

Ameno oh ameno, kalau melayu dah bijak dan rajin belaka, apa lagi yang diperjuangkan oleh kalian semua?

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

Tiada ulasan: