Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 4 Mei 2008

BALKIS: "KAMI MASIH TUNGGU LAPORAN ROS" NIK NAZMI

KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri Selangor masih lagi menunggu laporan Pendaftar Pertubuhan mengenai pembubaran Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (BALKIS) yang dibuat pada mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mac lepas.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan negeri akan bertindak terhadap isu pembubaran Balkis dan pemindahan dana berjumlah RM9.9 juta yang menjadi isu kontroversi setelah mendapat laporan penuh daripada Pendaftar Pertubuhan dan nasihat peguam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Ujian Kemahiran Amali Islam Peringkat Zon Timur yang disertai 15 sekolah rendah agama Islam di sini Sabtu.

Mengenai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan mengenai Balkis kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam, beliau berkata terpulanglah kepada parti untuk membuat laporan.

Semalam Ketua Penerangan PKR Selangor Mohd Nasharudin Abdul Aziz membuat laporan kepada BPR berhubung isu pemindahan dana Balkis bernilai RM9.9 juta di pejabat BPR negeri di sini.

Tiada ulasan: