Apabila Dato Maznah Mazlan di lantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, maka Pahang kehilangan Exco wanita. Dato Maznah sebelum ini Memegang Exco Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Kekosongan ini seharusnya diganti dengan wanita juga. Di Pahang, seorang lagi ADUN dikalangan Wanita ialah Dato Shahaniza Shamsudin.
Maknanya Dato Adnan Yaakob MB Pahang tak yakin dengan kemampuan Shahaniza, sebab itulah ia tak dilantik sebaliknya Exco Hal Ehwal Wanita dan Keluarga diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar Pahang.
Cuma saya hairan, dalam situasi ini, dimana perginya Dr Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang kononnya nak menjaga Hak wanita.
Dr Ng Yen Yen sangat prihatin bila Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tidak senaraikan wanita sebagai Exco.
"Kita kini dalam abad ke-21 dan sepatutnya tiada lagi masalah daripada segi gendar dan memastikan ada perwakilan wanita dalam semua tahap pembuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Wisma MCA 30 Mac lalu.
Keprihatinan Dr Ng Yen Yen terhadap nasib wanita di Perak sehingga dilaporkan oleh Bernama Pada 1 April lalu.
Katanya beliau sudah memaklumkan sendiri kepada Mohammad Nizar berhubung perkara itu. "Saya hantar surat rasmi dan bercakap sendiri dengannya semalam berhubung perkara ini. Saya minta dia pastikan bahawa anggota exco turut disertai oleh seorang wakil dari kaum wanita," katanya kepada Bernama di sini.
Dr Ng Yen Yen adalah Ahli Parlimen Raub. Beliau sibuk dengan negeri orang (Perak) yang tak lantik wanita sebagai exco tetapi membiarkan negerinya (Pahang) meminggirkan kaum wanita dalam barisan Exco.
Ini Hipokrit namanya.
www.najwasuhaimi.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan