oleh : PAS JB
Malangnya Umno bukan kepalang, 11 Mei 2008 ini genaplah usia Umno yang ke 62 tahun. Umur yang cukup tua dan cukup matang sekiranya diistilahkan kepada umur manusia.
Apalah nasib bangsa melayu dibawah Umno setelah 62 tahun berjuang kononnya hendak membela bangsa melayu yang akhinrya Umno sendiri telah lari dari dasar perjuangan untuk membela bangsa melayu. Sekiranya melayu tidak terbela inikan pula nasib Islam ditangan juak-juak Umno yang khianat.
Tidak dinafikan Umno berperanan besar dalam menuntut kemerdekaan dari Inggeris itupun setelah pejuang-pejuang tanahair yang dilabelkan kiri oleh Umno dan Inggeris gugur satu persatu mengadap Tuhan menuntut janjinya sebagai makhluk yang diberikan amanah.
Umno sekadar menyambut baton diakhir larian berganti-ganti tanpa mempedulikan nasib pelari-pelari sebelumnya yang terputus nafas dan tersungkur menyembah bumi dalam mengejar impian untuk menikmati erti kemerdekaan.
Bangsa melayu terus malang, diawal-awal kemerdekaan lagi sudah digarap dengan tinta beracun yang mahukan negara ini ditadbir secara sekular kononnya negara ini sangat unik dengan masyarakat majmuknya.
Masa silih berganti ataupun 'it just the matter of time' Umno terus-terusan lari dari dasar perjuangan tanpa peduli lagi nasib rakyat marhaen dan musthadaafin dengan terus membaham daging-daging rakyat yang tidak berdosa lalu terus menghirup keringat dan darah rakyat yang dahagakan kasih sayang pemimpin yang adil kepada semua lapisan rakyat.
Ahad ini Perdana Menteri Malaysia yang ke 5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan amanat khas kepada ahli UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra yang kononnya sangat signifikan untuk memperingati pejuang-pejuang bangsa yang terdahulu yang katanya banyak berjasa dalam membangunkan negara dan memajukan bangsa.
Sebelum ini Pak Lah juga meminta rakyat mengubah gaya hidup dengan mengutamakan amalan berjimat-cermat, mengelak pembaziran dan berbelanja mengikut keperluan ketika dunia dilanda krisis bekalan makanan.
Masalahnya disini tidakkah rakyat faham dan sedar yang selama ini pemimpin Umno silih berganti melaungkan slogan minta rakyat membuat pengorbanan, sedangkan sejak sekian lama rakyat sudahpun lama terkorban dengan nafsu buas pemimpin yang leka dibuai kuasa yang sedar tidak sedar mereka bukan sahaja khianat kepada rakyat tetapi sangat kufur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan.
Pasca pilihanraya yang lepas masih tidak cukup buat pemimpin sedar dengan kehendak rakyat terutamanya isu kenaikan harga barang-barang keperluan yang mana rakyat mahukan perubahan yang besar perlu dilaksanakan, ini tidak masalah parti Umno yang sibuk diperdebatkan.
Seperti kata Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Umno memang tidak malu dengan rakyat sampaikan masalah rumah tangga Umno sendiri sepatutnya diselesaikan secara sembunyi dan tertutup kini heboh didalam media-media arus perdana milik UmnoBN.
Rakyat dan jelak dan serik dengan permainan kotak beracun yang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin Umno, cukuplah 62 tahun wahai orang tua yang nyayuk... InsyaAllah Umno akan sampai ajalnya...
Tiada penyelesaian yang lebih baik melainkan Umno kembali kepada perjuangan Islam yang syumul dan adil....
Sumber : Jundullah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan