Harga petrol naik lagi, Harga minyak dunia melambung tinggi. Itu barangkali yang menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi, restoran atau kantin-kantin kilang. Belum lagi masuk dalam bab kesan sampingan kepada ekonomi Negara dan tentunya ekonomi duit poket kita.
Belum pun seminggu harga petrol naik, kita dah mula terasa bahangnya. Mana tidaknya, setiap hari diberita, ada sahaja harga barangan yang meningkat dan bagaimana kehidupan kita untuk minggu, bulan dan tahun-tahun akan datang??? Pastinya harga petrol dan barangan akan terus naik dan naik dan naik.....Bagi aku.......tindakan awal memasang NGV terasa berbaloi kini. Mungkin ini satu cara untuk aku jimatkan duit poket walaupun pelaburan awal yang agak tinggi.....yelah......awal tahun 2007 harga pemasangan NGV Waja pada ketika itu Rm3800++. Tapi sekarang dah UP lagi. Dan tentunya dengan pemintaan yang semakin tinggi tidak mustahil harga pemasangan NGV akan terus meningkat dipasaran.
Waktu tu, aku nekad keluarkan duit simpanan, tapi aku puas hati dengan penjimatan yang aku nikmati setelah setahun setengah menggunakan NGV. Berbaloi memang berbaloi dan balik modal. Mana tidaknya, isian setong penuh gas lebih kurang dalam RM8.50, aku dapat memandu sejauh 180 - 200km. Sedangkan petrol, RM10 bersamaan 45km....itu harga petrol dulu...tapi sekarang.....Tepuk Dada Tanya Selera.
Dengan perjalanan 60km setiap hari ketempat kerja, tentunya pemasangan NGV adalah yang terbaik untuk waja aku. Bagi anda yang berminat dan ingin lebih lanjut mengetahui tentang kelebihan-kelebihan penggunaan NGV, bolehlah kita berkongsi cerita disini berdasarkan pengalaman saya atau rakan-rakan RJselatan yang telah memasang dikenderaan mereka. Saya sedia berkongsi dan menjawab segala persoalan anda berdasarkan pengalaman-pengalam an yang saya lalui.
Mungkin, ini adalah salah satu alternatif untuk kita sama-sama mendapat penjimatan dengan kos kehidupan yang terus meningkat pada masa ini.
Semoga kita sama-sama mendapat sedikit kebaikan darinya. Pusat pemasangan NGV juga tumbuh bagai cendawan. Pastikan anda membuat servey yang terbaik tentang perkhidmatan mereka dalam menjaga kualiti pemasangan NGV pada kenderaan anda. Ada kedai atau syarikat yang boleh memasangnya tapi servis selepas itu diluar kerja atau bidang mereka. So berhati-hatilah. Dibawah, saya sertakan sedikit info mengenai NGV.Apa Itu NGV??
1) NGV bermaksud "Natural Gas for Vihicles"
2) Gas asli ini digunakan juga di stesen-stesen janakuasa, Kilang dan Kemudahan Komersil yang lain.
3) Komposisi utama NGV ialah "Methane"
Kebaikan Penggunaan NGV
1) Penjimatan kos bahan bakar yang maksimum sehinggan 70%
2) Insentif dari kerajaan dengan pengurangan cukai jalan sebanyak 25%
3) Jangkamasa injin kenderaan yang tahan lebih lama
4) Meningkatkan tahap ekonomi pengguna
5) Harga pasaran gas asli yang stabil
6) Mesra alam
Tahap keselamatan penggunaan NGV Walaubagaimanapun, sudah tentulah antara perkara yang harus dipersoalkan adalah berkenaan ciri-ciri keselamatan. Di sini para pemilik dan bakal pemilik kenderaan yang berasaskan NGV ini tidak perlu risau berkenaan soal keselamatan dimana bagi melihat rekod yang dilaporkan kini NGV adalah sejenis bahan api yang lebih selamat berbandingkan dengan minyak petrol atau bahan api alternatif yang lain pada hari ini.
Ini disebabkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada NGV (dan masih meningkat) dari segi teknologi automotif, tahap keselamatan yang tinggi serta NGV ini ditempatkan di dalam sistem fizikal enjin tersendiri dan pemangkin kepada keselamatan penggunaannya jika dibandingkan dengan bahan api yang berasaskan petroleum yang lain.
Salam Hormat,
Yus,Kulai Johor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan