Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 10 Jun 2008

DEMI RAKYAT: PEMIMPIN PKR SARAWAK BERDEMO SEORANG DIRI

Oleh Bernama

KETUA Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong, Saidin Massudin Sahini, 53, berjalan kaki dari Kampung Demak Jaya ke kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Laut, Petra Jaya di sini, kerana membantah kenaikan harga minyak.

Beliau sebenarnya merancang mengadakan demonstrasi bersama 500 hingga 800 orang tetapi akhirnya beliau seorang saja yang hadir membawa segulung kad manila bertulis "rintihan rakyat miskin".


"Saya sudah maklumkan kepada ahli PKR, DAP, PAS dan rakyat miskin untuk menghadiri demonstrasi aman ini tetapi semua tidak hadir... semua mungkin takut," katanya kepada pemberita dengan nada kecewa di hadapan kediaman rasmi Ketua Menteri.

Selepas itu, Saidin ke pondok pengawal di situ meminta kebenaran berjumpa dengan Taib, namun beliau dimaklumkan Ketua Menteri berada di luar negara.

"Saya tidak pandai membaca. Saya tidak tahu Ketua Menteri berada di luar negara.

Kalau beliau ada, saya hanya mahu menyampaikan mesej kepada beliau," kata peniaga kecil itu.

Hampir sejam menunggu hingga 10 pagi, Saidin masih berseorangan.

Sebelum beredar dengan motosikalnya, beliau memberitahu pemberita bahawa beberapa demonstrasi akan diadakan dalam tempoh terdekat termasuk satu di Pasar

Minggu Satok pada 10.30 pagi ini. Polis, pemberita dan jurugambar yang bergegas ke Pasar Minggu Satok mendapati tiada sebarang demonstrasi diadakan di situ.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Wong Wai Long berkata ini merupakan cubaan ketiga anggota PKR berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak.

Sebelum ini satu demonstrasi diadakan di Jalan Satok sebagai membantah pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan 78 sen harga petrol dan RM1 diesel Rabu lalu.

"Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai manamana perhimpunan atau demonstrasi haram yang dirancang pihak tertentu yang tidak mendapat kelulusan polis," katanya. Setakat ini, Wong berkata hanya permohonan DAP untuk mengadakan perhimpunan, yang diterima polis.

Tiada ulasan: