Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 10 Jun 2008

SUHU BADAN UMNO SUDAH 97 DARJAH CELCIUS

Oleh: Ulit Mayang

UMNO dan seluruh kepimpinannya dah jadi tak betul dan keruan lagi. Semua tindakannya akhir–akhir ini telah bercelaru dan haru biru, serba tak kena dan menjadi. Tak pasal–pasal minyak dinaikkan harganya. Teori mana digunapakai oleh pemimpin dan penasihatnya tak tau lah. Semuanya kerja cari penyakit.

Akal yang waras dah tak boleh fakir secara logik lagi, kerana selama ini UMNO dan kepimpinannya tak pernah fakir dan sahut kehendak rakyat, tiba–tiba hari ini, iaitu sejak sebulan dua ini lepas PRU 12, begitu perihatin dengan permintaan -permintaan rakyat yang lama–lama dulu, seperti tajuk di bawah, soal potongan elaun menteri atau kaji semula cukai jalan dan tol. Tiba–tiba saja, menteri–menteri berkenaan yang umumkan. Alhamdulillah

Biasanya suhu normal badan manusia sekitar 300 hingga 350Celcius, kalau lebih tinggi dari itu, dikatakan manusia tu dalam keadaan demam. Maka perlulah kepada rawatan khusus, sekurang–kurangnya dihantar ke klinik, dengar nasihat doktor dan pastikan ubat dimakan, bagi meredakan suhu ke tahap normal.

Tapi, bagi UMNO dan pemimpin–pemimpinnya, tidak termasuk pengikut dan ahli teramai, suhu badannya telah hampir mencapai takat didih iaitu 1000 Celcius, bila–bila masa saja boleh mendidih dan meletup. Ini tahap luar biasa, tapi macam mana masih boleh bertahan lagi.

Kalau tahap suhu begini, dah tak ada doktor pakar atau hospital yang sanggup rawat atau terima kes, maknanya dibiar kat rumah saja, ramai–ramai baca yasin, moga–moga dipermudahkan sakaratul mautnya, mati dalam iman

Tapi, makin dekat nak mati nampaknya UMNO jadi macam makin baik pulak, tak tau lah kot–kot nak mati dalam husnu al khatimah. Wallahua’lam

Barangkali menjelang 16 September 2008 nanti, dengan tahap suhu meningkat 10 celcius setiap bulan, maka dalam tiga bulan ini ia akan naik 30 celcius lagi menjadi 1000 Celcius. Apa akan jadi menjelang 16 September nanti? Kalau ikut kajian perubatan dan Sains, UMNO dah cair masa tu, tapi kerana strukturnya yang terlalu tua, dah 62 tahun dah, tak mudah untuk ia jadi cair, mungkin meletup kot, rasa–rasanya ia pasti akan meletup. Dah tak boleh nak selamatkan lagi dah.

Adalah dicadangkan elok rasanya dibuat post mortem rapi, jangan ditanam dalam kubur, sebaik–baiknya diawet dan diletakkan di muzium seperti cadangan YB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah untuk menjadikan UMNO Johor sebagai muzium UMNO. Eloklah dihantar jenazah UMNO induk ke Johor. Lepas itu kita offerlah kat pengkaji–pengkaji perubatan dan saintis untuk membuat biopsy, kaji spesies UMNO ni, yang lahir dari baka dan benih inggeris, bekas tuannya dan penjajah dulu. Ada beberapa cadangan supaya dibuat post mortem berikut ;-

i. Kenapa UMNO, sejak dari dulu hingga kini SAHAJA, nampaknya tak sempatlah selama–lamanya, kuat sangat menentang islam?
ii. Kenapa UMNO, sejak dari dulu hingga kini, tidak menolong dan membantu bangsanya, iaitu Melayu menjadi bangsa yang kuat dalam hal pelajaran, sosial, sains, teknologi, agama, bahasa, dan ekonominya?
iii. Kenapa UMNO, sejak dulu hingga kini, membiarkan bangsanya miskin, papa kedana dan melarat di bumi sendiri
iv. Kenapa UMNO, sejak dulu hingga kini, tidak perihatin terhadap bangsanya sehingga dikatakan melahirkan seramai 1,000,000, 1 juta penagih dadah di negaranya sendiri?
v. Kenapa UMNO, sejak dari dulu dan kini, hanya menolong pemimpin–peminpinnya sahaja di peringkat pusat dan negeri?
vi. Kenapa UMNO, sejak dari dulu hingga kini, tidak menolong bangsanya dari parti–parti lain seperti PAS dan PKR, dan/atau Semangat 46 dulu, BERJASA, HAMIM, PRM dan sebagainya lagi?

Rumusan–rumusan dan kesimpulan yang bakal diperolehi nanti, eloklah rasanya dibuat sebagai rujukan utama generasi sekarang dan akan datang. Jangan lagi mengulangi kesilapan–kesilapan yang telah dibuat oleh UMNO sejak merdeka hingga kini.

Petikan dari internet

i. Elaun keraian PM, TPM, menteri dan timbalan menteri dikurangkan 10 peratus

PUTRAJAYA Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan empat langkah mengurangkan beban rakyat, termasuk mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri kepada 10 peratus.

ii. MCA selangor minta kerajaan hapus cukai jalan
09/06/2008 7:07pm


KUALA LUMPUR 9 Jun MCA Selangor hari ini meminta kerajaan pusat menghapuskan cukai jalan bagi semua kenderaan untuk meringankan beban kewangan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar dan kemungkinan peningkatan tarif tenaga elektrik di negara ini. Ketika menyuarakan gesaan itu, ketuanya Datuk Ong Tee Keat juga mencadangkan agar bayaran tol di Selangor - negeri yang mempunyai paling banyak jalan raya bertol di negara ini - turut dihapuskan.

Tiada ulasan: