Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 9 Julai 2008

PERTEMBUNGAN DSAI - NAJIB : PAK LAH LEGA

OLEH : INSAN BERGUNA

Kemungkinan DSAI memimpin kerajaan baru dikira sedang memuncak sehingga terbantut semua harapan tersebut akibat kes laporan Saiful. Benar atau tidak itu soalan kedua. Berikutan dari kes tersebut, untuk tempoh yang terdekat, DSAI dan keseluruhan jentera PKR and juga Pakatan akan sibuk dengan pelbagai urusan termasuk siasatan dan akan banyak menghabiskan masa di mahkamah.

Begitulah juga Najib. Momentum yang sudah dibina untuk mencabar Pak Lah kini terhenjut. Tumpuan Najib kini teralih kepada menjawab tuduhan DSAI dan kes mahkamah. Mungkin di fikiran Najib buat masa ini lebih kepada melepaskan diri dari siasatan dan tindakan mahkamah.

Apakah kerana terzahir hasrat Najib kepada kemnya (walapun seberapa rahsia sekalipun) untuk menandingi Pak Lah untuk jawatan Presiden telah mengakibatkan laporan Bala terlaksana?

Akibat dari pertembungan Najib-Anwar dengan tuduhan fitnah dari "nominee" masing-masing disiarkan meluas, maka tumpuan kedua-dua mereka untuk menduduki kerusi PM kini teralih untuk menjawab serta menangkis tuduhan-tuduhan. Dan ianya sudah pasti membantut usaha-usaha dan perancangan asal mereka.

Anwar tidak dapat lagi mejelajah segenap negara sibuk meraih sokongan dan menyusun strategi jika tidak disertakan juga masa dan tumpuan untuk menangkis tuduhan terhadapnya.

Begitu juga Najib. DIa terpaksa perlahankan sedikit gerak-kerja menarik sokongan untuk mencabar Pak Lah kerana terpaksa menjawab tuduhan terbaru. Walaupun akuan bersumpah sudah ditarik – "
damage has been done". Hendak atau tidak Najib terpaksa menurunkan “gear”nya kerana terlalu bimbang Pak Lah akan mengguna peluang ini untuk benar-benar melemahkan asakan Najib.

Bukan sahaja kedua-dua mereka teralih tumpuan, rakyat pun tersentak dan sibuk berbicara pertembungan kedua-dua mereka ini hingga tenggelam semua isu lain.

Pak Lah pastinya tersenyum lega melihat kemelut yang dihadapi oleh lawannya dan juga oleh bakal pesaingnya. Apakah "budak-budak Tingkat 4? ada peranan mereka dalam krisis terkini?

Tiada ulasan: