oleh : Sebol
Pada topik yang lalu saya mempersoalkan kenapa Sistem Pendidikanmasih memerlukan program tambahan diluar waktu sekolah yang mempunyai label UMNO, sedangkan Kementerian Pendidikan dikuasai mereka.Maka datanglah askar-siber UMNO yang tak putus-putus mengatakan "jangan mempolitikkan pendidikan".Agak lucu, kerana pendidikanlah yang menentukan masa depan generasi akan datang, tetapi ianya tidak boleh dipolitikkan mengikut ruanglingkup pemikiran mereka.Ruanglingkup pemikiran mereka mungkin hanya menganggap politik itu samada sokong UMNO atau tidak.
Tiada langsung memikirkan dasar atau kaedah yang lebih baik perlu diubah pada kerajaan supaya keadaan menjadi lebih baik.Bagi saya Pendidikan memang perlu dipolitikkan, kerana ianya membentuk generasi yang bakal menguasai dunia akan datang. Bagi mereka pula mereka hanya mahu lahirkan generasi yang terus menyokong UMNO.Jika mereka memang tidak mahu mempolitikkan pendidikan, tak hairanlah susah benar nak beri buku teks percuma.
Bila ada sesiapa perkatakan buku teks perlu diberi percuma, mereka akan kata "Jangan mempolitikkan pendidikan".Pendidikan percuma ialah janji politik Pakatan Rakyat. Agaknya mereka lebih suka pendidikan berbayar asalkan agenda Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan kerana bagi ruanglingkup pemikiran mereka, "Jangan Politikkan Pendidikan".
Patutlah apabila Bahasa Pengantar bagi Sains dan Matematik ditukar, mereka berdiam diri kerana dasar "Jangan politikkan pendidikan".Apabila Sampin pelajar Sekolah Agama berwarna hijau, mereka pun berkata "Jangan Politikkan Pendidikan", maka ditukarlah warna sampin itu ke warna hitam kerana fobia warna bendera PAS. Tidakkan itu tindakan mempolitikkan pendidikan oleh UMNO Melaka?Bagi pembaca luar dari Melaka, Saya nak beritahu, Sekolah Agama di Negeri Melaka tidak dibenarkan menggunakan sampin warna hijau atas Ali Rustam.
Mungkin itu langkah sesuai untuk menggambarkan "Jangan mempolitikkan Pendidikan".Tindakan Paklah menukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran juga mungkin hasil dari saranan "Jangan mempolitikkan pendidikan".Sekarang ini, pelajar yang hendak menduduki peperiksaan seolah-olah ditekan dengan "Kelas Tambahan".
20 tahun dahulu, tidak pula kedengaran kelas tambahan yang begitu banyak. kemudian tidak cukup lagi dengan kelas tambahan perlu ada tusyen berbayar.Sedangkan pelajar sekolah mempunyai banyak masa.
Daripada darjah 1 hingga enam tidak mempunyai cukup masa untuk belajar disekolah?Akan tetapi ada pula masa untuk belajar lukisan.Perlukan belajar lukisan sepanjang tahun selama beberapa tahun?Akan tetapi suatu ketika dahulu, pelajar sekolah rendah hanya memerlukan masa 5 tahun sebelum menduduki peperiksaan pernilaian darjah 5. Akan tetapi ketika ini 6 tahun belajar, masih tidak cukup masa nak belajar.
sumber : http://sebolku.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan