Penulis blog harus dipersalahkan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penulis blog menghentikan perbuatan membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin kerana perkara itu adalah antara faktor yang membawa kepada ketidakstabilan politik negara.
"Saya minta penulis blog hentikan semua ini kerana mereka juga bertanggungjawab bagi apa yang berlaku. Jalan terbaik yang mereka dapat lakukan ialah hentikan semua ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan beberapa perbincangan dua hala sempena Sidang Kemuncak Ke-6 Ketua-ketua Kerajaan D-8 di sini hari ini.
Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) dijadual bermula dengan rasminya di ibu negara esok.Perdana Menteri mengulas keadaan politik negara sekarang, yang dilihat masih tidak stabil sejak pilihan raya umum Mac lepas.Semalam, Perdana Menteri berkata beliau sedar ada rakyat yang sudah muak dengan permainan politik yang sedang berlaku dalam negara dan berjanji akan memberikan perhatian untuk memenuhi keperluan rakyat
Sumber : Harian Metro
Komen
Pak Lah cuba mencari si kambing Hitam. Si Kambing Hitam kali ini ialah penulis blog. Bagi Pak Lah, aku betul dan semua yang lain dari aku salah belaka. Bila Pak Lah nak sedar diri?. Tolong sedar dari tidur dan mimpi yang kelemahan kepimpinan diri dan kerabat tidak boleh diselesaikan dengan cara menunding jari kepada orang lain
SUMBER : http://empangan-jernih.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan