Zaili Muhammad
MELAKA, 1 Julai (Hrkh) - Pelbagai pihak merasakan wujudnya satu lagi konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, ini merupakan satu sandiwara yang digunakan untuk menutup kes yang besar dan sedang hangat diperkatakan iaitu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.
"Tuduhan ini kali kedua dikenakan ke atas beliau, kalau kali pertama dulu satu sandiwara tuduhan ini juga merupakan satu sandiwara untuk menutup kes pembunuhan Altantuya berikutan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin.
"Kerana mereka ada kuasa sikit mereka boleh buat sesuka hati, hakim mereka pegang dan begitu juga dengan polis jadi saya minta kita banyakkan solat hajat minta Allah tunjukkan kebenaran," kata Ustaz Ghani.
Menurut Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar, sebenarnya ini adalah satu konspirasi baru seperti 1998 dan merupakan tindakan terdesak khususnya Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
"Anwar mempunyai bukti baru dan akan mendedahkan penglibatan kedua-dua mereka ke atas pemalsuan bukti perbicaraan terdahulu yang jelas menunjukkan satu konspirasi politik peringkat tertinggi negara.
"Nyawa beliau terancam bukan satu lakonan kerana orang yang terlibat dulu sama dan telah dinaikkan pangkat, pemain utamanya masih sama serta mempunyai kedudukan yang lebih kuat," katanya.
Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San, menyatakan tuduhan ini mungkin bermotifkan politik untuk memusnahkan karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Ini satu tuduhan yang mempunyai niat kerana BN sekarang ini dalam kedudukan terancam jadi mereka guna pelbagai cara untuk menjatuhkan Anwar," kata beliau

Tiada ulasan:
Catat Ulasan