Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 2 Julai 2008

SEDIKIT CERITA TERLARANG.....

Maaf sedikit cerita yang terlarang…

1.Seorang datuk berusia 60 tahun mempunyai kekuatan untuk meliwat dan mengalahkan mangsanya yang berusia 23 tahun yang juga mempunyai kekuatan 2-3 kali ganda daripadanya.

2.Sekiranya peliwat itu benar seorang peliwat, bagaimanakah beliau berjaya mengalahkan seorang pemuda yang berusia begitu muda yang penuh dengan kekuatan?

3.Sekiranya peliwat memujuk untuk meliwat si mangsa, adakah mangsa dengan rela hati akan mengizinkan dirinya dikerjakan oleh peliwat tersebut?

4.Sekiranya peliwat itu memaksa mangsa dan menyerang mangsa semasa meliwat mangsa, sudah tentu ada tanda-tanda pergelutan dan kecederaan diantara mereka dan pasti akan membuat laporan kejadian tersebut dengan segera.

5.Sekiranya perkara ini berlaku dengan kerelaan kedua-dua pasangan (peliwat dan mangsa), mengapa perkara ini tidak pernah berlaku kepada teman rapat pemangsa tersebut yang lebih lama berdamping dengannya? Mengapa budak Saiful yang hanya berkenalan tak sampai setahun dengan pemangsanya dengan rela hati menyerahkan duburnya kepada pemangsa, kecuali ia merayu untuk diliwat dan itupun sekiranya pemangsa berselera untuk meliwatnya.

6.Pemangsa juga tidak pernah disabitkan kesalahan sebagai seorang peliwat.

7.Sekiranya pemangsa benar seorang peliwat, maka sudah lama teman rapatnya yang sama-sama berjuang dengannya sudah lama memutuskan kesetiaan kepadanya.

Kesimpulan:
Dakwaan ini adalah satu dakwaan yang jelas palsu. Seseorang yang waras tidak akan menghebahkan yang dirinya telah diliwat. Sama seperti mangsa rogol, ia tidak akan menghebahkan kepada umum bahawa dirinya telah dirogol. Perkara itu akan menjatuhkan maruah dirinya sendiri. Jelas tuduhan terhadap DSAI ini adalah berniat jahat.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T semoga mereka yang membuat fitnah itu diberikan balasan yang setimpal dengan segera. Aminnn.

Tiada ulasan: